Tuesday, November 29, 2011

ramah mesra dan tautan ukhuwah ULPM

salamun a'alaik...
segala puji pujian bagiNya yang melimpahkan nikmat yg tidak terkira...
juga masih berada di muka bumi bagi menikmati detik-detik indah di pentas dunia....
hmmm...saja fiza nak kongsikan untuk memenuhi ruangan di blog ni..iaitu ketika berlangsungnya Majlis Ramah Mesra ULPM..sudah setahun menjadi ahli ULPM...terasa baru lagi menjadi junior tahun 1..muka takut-takut je dulu..dan 1st program bersama Ahli kelab adalah majlis ni...
rasa baru menyambutnya pada tahun lepas...

jamuan raya dan majlis ramah mesra 2010
masih segar diingatan peristiwa dan kisah-kisah yang berlaku pada waktu tu..muka freshie je time tu..haha
sekarang ni..tahun 2011 setelah selesainya pengambilan ahli baru, 1 st program kelab adalah majlis ramah mesra..terlewat mengadakannya..sepatutnya majlis ni digabungkan dengan jamuan raya..barulah happening dan semangat mempromote baju raya yang dibeli di vietnam!
hehe..takpelah! yang penting dah pun berlaku! dan telah berkenalan dengan ahli-ahli yang baru..mahupun yang lama..

majlis ramah mesra ULPM 2011
seronok melihat gelagat ahli-ahli baru walaupun baru saja mengenali...kemesraan terserlah apabila menyambut birthday salah seorang ahli...main-main tepung..simbah-simbah air yang telah dicampur pelbagai ramuan yang pelik~ haha..berlari-lari macam kanak-kanak..haha...yang lain ada yang berbual-bual dengan junior..mencurahkan idea-idea dan pengalaman kepada juniornya..ada yang sungguh sopan santunnya hingga baju nya tidak terkena sedikit tepung pun..( tak aci! ) hampir semua orang pulang dengan baju yang penuh ng tepung...

muka terpaksa kena suap
makan dulu,pastu baru lah prank2..haha
majlis tamat- sempat memberikan sesuatu- 
pada 20 hb november telah diadakan family day..tujuan nya nak buat adalah untuk mengadakan aktiviti bersama ahli tapi tak ramai yang boleh hadir sebab masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing..hanya beberapa orang saja yang menyertainya..25 orang..
kami menaiki bas bertolak pada pukul 9 pagi..mujur ada tempat untuk kami untuk membuat aktiviti...
mula-mula makan dulu! nugget, sosej dan air teh...
kemudian barulah bermula aktiviti ice breaking dalam air..memperkenalkan nama dan gelaran.."fiza friendly" hehe..pastu KOTAK BERACUN.. pelik-pelik arahannya..tapi ada satu yang so sweet..!!
"saya sayang kawan saya"
huahua..then bahagikan grup bertemakan nama haiwan..ada yang JENTIK-JENTIK, KATAK, MELUN( wujud ke? ), dan HARIMAU..
berfiikir dan berbincang nama haiwan yg sesuai untuk dijadikan "cheers"..lama-lama hentam je lah!

"siapa yang hebat skrg nih" haha

mula-mula memperkenalkan cheer grup masing-masing..haha bila tak best jer..kene baling air..haha..habis basah sumer!
pastu, main "goreng pisang" time nih grup fiza je awal2 dah kalah..haha..takpe..saje bg can kat grup lain...hee


selesai je game, semua meneruskan aktiviti sendiri2..main-main air..ada yang makan..
time nih prank birthday k.wani..haha..masih setia dengan tepung...nasib-nasib..haha em selesai sumernye..pulanglah kami pada jam 3 petang..keriangan,kepenatan,kepeningan, kerisauan, haha macam-macam ada...tapi seronok!
"seronok melihat mereka ketawa" hilang sedikit masalah..(^_^)
haha itu je yang fiza nak kongsikan..smoga jumpe lagi !
sekian

Thursday, October 27, 2011

GREAT JOURNEY WITH ULPM!

segala puji bagiMU Ya Rabb.26 OKTOBER. hari ni cuti umum. bercadang untuk pergi berjalan -jalan bersama teman-teman. mencuba untuk buat program untuk kelab. tapi last minute punya plan, malangnya tak jadi. fikir-fikir sama ada ingin meneruskan atau tidak. salah seorang rakan menegur.." fiza, xpe, kita cuba cara lain pulak"  terasa penat. dah malas nak pikir kan jalan yang seterusnya. duduk rumah, relax je. and study. malam sebelum cuti. kawan bagi plan yg lain. susun plan. dan teman yang lain pula ramai yang menghadiri DEBAT PIALA PERDANA MENTERI di UIA. fiza sempat tgok LIVE kat internet. yeah! USIM JUARA DEBAT PMM! alf mabruk! tumpang gembira! 
em keesokan harinya, pkul 7.30 dah bersiap. berkumpul di kedai makan. smbil berbincang aktiviti. borak punye borak, pukul 9.30 baru bergerak ke air terjun tekala, selangor. haha. L.A.M.B.A.T.  13 orang dari kami pergi menuju ke TESCO untuk mmbeli kperluan. baru nak beli! haha. ada yang dah lain macam jeq bila lambat. hee.maaf yer.. eskrem pengubatnya.. 
setelah sampi ke destinasi, masing-masing sibuk mencari tempat. lambat punyer pasal an. dapat jugak lah tempat yang sesuai untuk kami. DAMAINYA. TENANGNYA. melihat air terjun. hilang separuh masalah. termenung. mencari identiti yang hilang. kawan-kawan yang lain sibuk masak BBQ. hehe. fiza tolong banyak gak lah. tolong tengok je. hehe. melihat gelagat teman-teman. =) tersenyum sendirian. tetiba teringat ibu ayah. rindu. sempat bermain "game" dalam air. seronok. LAI-LAI. berlainan negeri berlainan gaya. hee. pukul 3.30 kami sudah siap mengemas barang untuk pulang. menyambung destinasi yang seterusnya. tempat yg seterusnya tu lah terasa ukhuwah kami erat. membahagikan kumpulan untuk berlawan. haha. suka hati je tiru gaya fiza. makin lawak jadinya. haha. ketawa je la. haha. pngembaraan kami tamat pada pukul 8.40 malam. dalam perjalanan, sempat belajar beberapa perkara dari senior kami. "VAK". "content and context". =) duduk sebentar di kedai makan untuk menghabiskan BBQ tadi. last tu, kami saling bersalaman huu dan ada yg berkata " akhirnya plan kita jadi jugak, walaupun xramai. thanks fiza!" seronok dengar. hee
 GREAT JOURNEY! 
kegembiraan bersama tidak akan ku lupa. kawan-kawan yang bantu fiza, akan ku kenang dalam doaku..=)
DONE! ALHAMDULILLAH.

Saturday, October 22, 2011

#bulan kelahiranku#





tanggal pada 12 september 2011 adalah ulang tahun kelahiran ku. dan hari ni lah bermula waktu pengkuliahan

bagi semester 3 tahun 2 di Universiti. segala puji bagi-Nya. tahun ni umur ku menginjak tahun yang ke 20. tak

sangka dah 20 tahun hidup di muka bumi Allah yang luas, tapi ilmu tidaklah seluas mane pun. terasa kerdil dan

lemah mnjadi khalifah dibumi Allah. DAN, Allah tidak menciptakan manusia itu dengan sia-sia. semoga doaku

dimakbul olehNya yang tidak menciptakan ku dengan sia-sia. AMIN. ada 2 hadiah yang ku dapat semasa

bulan kelahiran ku ini a.k.a bulan feberet. hadiah yang fiza dapat dari parents fiza bila ayah nak beli motor
 
untuk fiza. hee bes nyer dapat motor. dan skarang fiza telah pun dapat dan bwk motor untuk mmudahkan fiza

pergi ke kelas. YAMAHA NOUVO S. green white. smart. hee suke3! sayang sangat ibu ayah. sebab tu fiza 

sedaya upaya mggembirakan hati mereka bila fiza disamping mereka. (^_^)

hadiah yang kedua apabila fiza secara mengejut mndpt berita dr pihak admin yang mengecewakan. mula-mula

rasa tak berdaya mndgr berita tu. rasa diri ni tak tau pikir arah mana nak dituju. tapi Alhamdulillah harapan

dan semangat dari kawan-kawan yang meniupkan semangat untuk mneruskan pmbelajaran dengan tenang

dan kata-kata peransang dari ibu ayah yang menenangkan, membuatkan diri kembali senyum berhadapan 

dengan apa jua masalah. UHIBBUKUM FILLAH ABADA. terima kasih pada kawan-kawan yang lain yang 

memberi hadiah, ucapan dan len2..akan fiza ingat sampai bila-bila. yang menarik nye fiza dapat mug! mug tu 

fiza guna untuk minum susu. so cute adiah tu! hee..

                                                              thanks sume (^_^)

Monday, September 5, 2011

seribu ujian

ku susuri malam ini yang tidak berbintang sungguh sepi
juga rembulan yang dah menghilang
dalam kelam ku sendiri
ku mencari hembus bayu
yang berbisik semangat untukku
kini membisu dalam sayu
tidak ku temu arahku
matlamatku dijalan yang nan berliku
disaat ku mensasarkannya
tersekat jua segalanya terhadapku
di sini ku tersedu-sedu
setelah harapan pergi
ku mengusung duka ini dihati
kisah janji yang tidak pasti...

seribu ujianku...

Thursday, September 1, 2011

cita cita menjadi cerita

"yang arif, pihak defenden tidak menjelaskan sebab dan alasan yang kukuh kepada mahkamah atas keterangan yang beliau nyatakan sebentar tadi. Oleh itu yang arif,saya ingin meminta izin mahkamah membenarkan saya memanggil anak guam saya ke kamar saksi untuk membalas balik kenyataan yang dilemparkan terhadap anak guam saya.”




Langsung peguam memberikan isyarat tangan mempersilakan anak guamnya ke kamar saksi. 

“saya berjanji akan berkata benar sebenar-benarnya dan tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka.”

Yang arif, alasan yang dikatakan oleh suami saya tu tak munasabah. Sepatutnya suami saya pulang ke rumah selepas die bertugas selama 3 bulan. Ni 6 bulan die tak pulang ke rumah dan dia tidak menghubungi saya pun. Saya telefon beberapa kali, dan dia tak jawab. Tiba-tiba dia pulang ke rumah, dia cakap yang die sudah berkahwin lain. Saya tak peduli, saya tak rela dimadukan. Dan saya nak mintak cerai dari dia. Dalam lafaz ta’liq masa nikah ade menyebut, “maka gugurlah talak keatas isteri saya sekiranya saya tidak pulang ke rumah lebih dari 3 bulan tanpa menyediakan nafkah terhadapnya.” Jadi, sewajarnya talak sudah jatuh keatas saya dengan  sah!  ( sambil menunjukkan wajah yang marah dan geram).

"ok Pn. Sarah, terima kasih,” peguam bernada tegas dalam menyusun kata untuk menenangkan anak guamnya.

Yang arif, setelah mendengar keterangan dari puan sarah sebentar tadi, mohon mahkamah dapat menimbang tara….(poof!! ) 


“ZA BANGUN! Kang lambat gi kuliah t. ish kau ni, cam tak tau je prof tu camne..lambat 5 minit, potong 5 markah."

Aduh! Ya Allah, Mimpi keh?aduyai, tengah syok-syok mimpi jadi peguam mahkamah tinggi syariah.
Aishhh….(sambil menggosok-gosok mukanya)


Weh, nis, jap, nak citer ni, ko tau, dalam mimpi tuh, aku mimpi, aku pakai kot,baju kurung itam putih then aku pegang fail-fail n briefcase aku yang berat and penuh dengan document2, akta2. Pastu kan, aku duduk sebelah anak guam aku, HA! Aku ng bela anak guam aku yang nak mintak fasakh dari laki die tapi suami die tak nak cerai. anis, aku harap-harap la apa yang aku mimpi tu betul-betul jadi kenyataan..
AMIN..( serentak meng ‘amin’kan)




Haha.boleh pulak mimpi tuh..lawak la kau ni, haha..
COP! Dalam mimpi kau tu ada peguam hensem tak? Haha..gurau jeq..(sambil menepuk rakannya) 
Okeh2..aku harap pe yang kita cita-citakan selama ni tercapai. Focus SASARAN dan MATLAMAT.. then kau boleh capai cita-cita dan niat kau nak jejak kaki kat mahkamah. Dan aku sebagai sahabat mendoakan agar kita akan jadi peguam sama-sama. Naik turun mahkamah sama-sama. dapat jumpa lwyer-lwyer hensem.Hehe.

Weh, dah2, cepat-cepat, sat g lambat kang, aku malas nak touch kan kad kau..
Sempat tul makcik ni tanya peguam hensem dalam mimpi aku (sambil berbisik kecil dihati )



Saturday, August 27, 2011

# aidilfitri versi saya keluarga sayang saya #


Dimulakan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.


Terbalikkan tajuk tu. “saya sayang keluarga saya versi aidilfitri”. Hehe. Jangan ingat fiza tersilap tulis atau fiza tak pandai bahasa Malaysia. Hehe. Okeh,Nak diceritakan agak lama kot tak update blog. Anggaran sminggu lebih. Sibuk dengan penyediaan menyambut hari raya aidilfitri yang tak lama je lagi. Huhu. Sibuk sgt keh? Haha. Xdela sibuk mana pun. Saja menghabiskan masa dengan keluarga tersayang. Rasa cam dah lama tak bersama dengan keluarga. Cuti kali ni sebulan lebih. Extra gift lagi, dapat puasa (sahur + berbuka) bersama mereka.  SERONOK SANGAT . 

ala, tak cukup lagi sorang, menyorok kat belakang kot. hee(gambaran semata)







Adik yang dah pandai berlawak jenaka dengan kakaknya, ibu yang sangat sporting dengan anaknya, dan ayah yang dalam diam mencintai anaknya. Bila gabungkan kesemua nya maka happeninglah keluarga fiza. Tak lama lagi dah bak menyambut hari raya bagi tahun 1432 hijrah. Mengharapkan tahun ni lebih bermakna. Nak check list perkara yang fiza kena buat dalam beberapa hari ni. PERTAMA: membeli dan menghantar kad raya kepada kengkawan. KEDUA: membeli belah bersama ibu untuk persiapan kuih raya.  KETIGA: membeli belah barangan raya bersama keluarga. KEEMPAT: mengemas rumah sebelum raya.


bergotong royong bersama  yaah!






Wah, sibuk sangat Nampak? Haha. Membahagi tugas dengan adik-adik. Selaku yang sulung, menggunakan kuasa veto dalam membahagikan tugasan. Haha. “ ha, hanif buat yang tu…haziq buat yang ni. Jangan nak mengelat. Bagi kakak rehat” haha.  Jokes jer..



eh, dah nak raya lah, rasa cam baru berapa hari je puasa. jap je dah nak raya. terasa sayu pulak.
Jauh disudut hati, sedih meninggalkan madrasah ramadhan tahun 1432. Berdoa agar segala amalan diterima dan dimakbulkan oleh ALLAH A’ZZAWAJALLA. Dan mengharapkan agar bertemu ramadhan yang akan datang. Di kesempatan ni mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.


Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

Sunday, August 14, 2011

=.= Musuh atau jodoh ^.^

Situasi 1 : Terjaga dari lamunan, memikirkan salah seorang rakan yang sedang “frust”. Fiza turut bersimpati terhadap beliau. Menanti pujaan hati untuk dijadikan suri pada masa yang sesuai. Memendam rasa selama bertahun. Saling berjanji untuk setia bersama hingga tamat pengajian.  Tup2 dapat tau, perempuan tu sudah menjadi tunangan orang. Fiza tak tahu nak bayangkan perasaannya. Fiza hanya mampu bersimpati terhadap beliau, memberikan kata semangat dan berdoa agar beliau digantikan dengan jodoh yang baik dan solehah..amin…JODOHKAH?
Situasi 2 : Terfikir tentang sahabat juga , yang telah bertahun lama menyukai dan memendam rasa pada si dia(sejak sekolah menengah hingga sekarang), meluahkan rasa hati kepadanya dan akhirnya si dia telah mempunyai dan menunggu orang lain sebagai teman hidup. Oh, sungguh kecewa. Fiza memberitahunya agar dia mencari yang lain tapi dia tetap dengan pilihan hatinya dan dia berkata yang dia sering berdoa dari jauh agar dipertemukan jodoh dengan pilihan hatinya. Fiza turut mengaminkannya, semoga sahabat-sahabatku bahagia dengan pilihan hati masing-masing. JODOHKAH?
Situasi 3 : teringat salah seorang teman, yang pernah melalui alam “Couple Islamic”, berjanji setia selamanya. Sering menjaga kebajikannya. Dan menghalangnya dari berkenalan dengan mana-mana lelaki, even rakan sekelas. Sering nasihat menasihati antara satu sama lain. Dan tiba-tiba putus ditengah jalan, kerana berpendapat tidak sehaluan bergaduh dan bla~bla~bla~ putus. Berdoa agar TIDAK dijodohkan bersama. menyesal kerana berkenalan dengannya.MUSUHKAH?



“Suka tidak semestinya memiliki, benci tidak semestinya menghindari”
Kata-kata itu tak dapat fiza lupakan. Semoga kata-kata ini dapat memberi kesan terhadap sesiapa yang menghayatinya. ^.^
MUSUHKAH ATAU JODOHKAH? adakah musuh boleh berlaku tatkala jodoh itu telah ditetapkan? Seringkali terfikir, bagaimana perasaan benci boleh bertukar sayang. Adakah zarah2 “benci” telah bertindak balas dengan atom “geram” maka terbentuknya molekul “suka”? haha. Mengambil teori sains sebagai bahan ujikaji. Huahua. Kalau teori matematik, takut tak kena pulak.hehe.
Pernah berbincang dengan sahabat-sahabat, perkara seperti ini, “pokok pangkal diri, kalau pandai jaga diri,jaga iman, insyaAllah, perkara mcm ni tidak terjadi. Tidak salah untuk menyukai seseorang, fitrah, tapi jangan lah berlebihan kerana Allah tidak suka orang yang melampaui batas.”. Jika perkara ini terjadi, tentulah itu  dugaan dari illahi yang ingin menguji cinta hambaNya terhadap pemilik cinta. Serahkanlah cinta kepada pemilikNya, agar DIA meletakkan cinta kita kepada orang yang berhak untuk menjaganya.=)
Berdoa  bersama agar dikurniakan pasangan yang beriman yang dapat membimbing kita ke jalanNya.
Sekadar ingin berkongsi. PEACE!!





Saturday, August 13, 2011

pabila kanak-kanak puasa

alhamdulillah, hari ini sudah msuk ramdhan ke 14, malam ni bulan mengambang..
sekadar ingin berkongsi ramadhan masa zaman kanak-kanak. terasa ingin mengimbau kembali masa kecik2 puasa.

teringat..disuatu petang, "weh esok dah puasa la, tak dpt la kite nak main lgi petang2 cegini, mak kite ckp kalau tak puasa tak dapat duit raya..kalau kite main jugak, msti penat..huu" sambil tangan sibuk menangkap belalang. haha lucu bila ingat. pada keesokan harinya(puasa), masih meneruskan aktiviti pada waktu petang, terasa haus sgt..buat-buatlah basuh muka dan kumur2..haha..gulp, alamak tertelan..ops!

tak sabar-sabar nak buka puasa, bila ayah pergi bazar pon nak ikut sama, "ayah,nak yang tu.." "ibu, nak yg ni" pastu ibu ckp.."ish budak ni..sumer nk dibelinya, baru sehari puasa" huahua...

saat dimeja makan..setengah jam dh ade kt meja makan sambil memegang pinggan...tangan menguis2 nasi..mata melihat jarum jam bergerak..."aduh, lamanya..hausnya..huk3..


ketika mendengar azanberkumandang, tangan menerpa air sejuk dicawan..huh, YA ALLAH,sedapnya..leganya...berkata pada ibu.."ibu, esok nak cuti puasa boleh tak..ala,sehari jer.."ibu pon membalas.."oh, duit raya pun cuti sehari la.." toink3!

bila dh besar,,teringat msa dulu puasa, "puasa sebab nak duti raya"
ALHAMDULILLAH, sekarang puasa adalah  keranaNya dan ingin mendapat rahmat,keampunan dan keredhaanNya semata-mata...
"ASTAGHFIRULLAH A'LA KULLI ZANBI"

Tuesday, August 2, 2011

rasa macam nak dengar




Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Sunday, July 31, 2011

ramadhan oh ramadhan

salam ramadhan buat semua, betapa terujanya menunggu ramadhan tiba. "the transition month". bulan yang Allah memberi peluang kepada hambaNya untuk beribadah dan mendapat taqwa. bulan memperbaiki diri untuk kearah lebih baik. bulan dimana, orang yang berhajat ingin menjadi soleh/solehah. BULAN RAMADHAN. RAMADHAN KAREEM. menunggu pengumuman kelihatannya anak bulan ramAdhan dihadapan tv dengan penuh perasaan didalam hati.


pengumuman bulan ramadhan. tengok!

"tarikh puase adalah pada tarikh 1 ogos 2011 bersamaan  1 ramadhan 1432 hjrah"

setelah disahkan bahawa anak bulan ramadhan telah kelihatan, diri ini mengucapkan syukur ALHAMDULILLAH. kerana dapat meraikan ramadhan kali ini. terbit dilubuk hati, wajah-wajah saudara, atok2, nenek, rakan seperjuangan yang telah berada di atas sana. semoga rohnya dicucuri rahmat dan kasih sayang oleh Allah s.w.t serta tergolong dari kalangan orang yang bertaqwa.
yeay! boleh terawih. mari bertarawih bersama! mula membuat jadual spenjang ramadhan. what do's n dont's? 
harap  semua dapat grab peluang beribadah di bulan ramadhan.. "iimaanaan wahtisaban"..


selamat berpuasa di bulan ramadhan, agar puasa kita berbuah taqwa
sekian, wassalam




Friday, July 29, 2011

gegar vietnam!

perjalanan dari kemboja ke vietnam mengambil masa kira-kira 5 jam. naik bot plak tu. broom3!
sempat berposing atas bot! yeah!

setibanya kami di sempadan vietnam,kene pergi pusat imigresen vietnam untuk sahkan passport.
unik tempatnya. 


dah samapi di kampung chao doc, kami disambut dengan meriah oleh penduduk kampung. mereka berpakaian lawa-lawa belaka. ala-ala pengantin. waa terharu rasanya. kemudian kami menikmati makan tengahari bersama penduduk kg serta mengagihkan beras kepada penduduk kampung. selesai mengagihkan, kami berkesempatan berbasikal beramai-ramai. yang ni paling bes!


nak jugak fiza merakamkan aksi fiza berbasikal. haha


setelah penat berbasikal, kami sempat merakam detik-detik bersama orang-orang kampung. tiba masanya check in hotel!hotel terapong! nama hotel tu mekong hotel.
pada waktu malam pula, kami menikmati makan malam di atas bot. smbil mengelilingi sekitar sungai mekong.
selepas itu sempat kami berlatih persembahan untuk dipersembahkan kepada penduduk kampung pada malam esok.

pada keesokan harinya, kami bersarapan roti perancis dicicah bersam kari daging. pekena kopi susu ais! setelah itu kami beramai-ramai pergi ke rumah keluarga angkat masing-masing. sesi beramah mesra dengan keluarga angkat. pada pukul 9, kami bergerak ke padang untuk aktiviti yang seterusnya. SUKANEKA bagi yang perempuan. PERTANDINGAN BOLA BALING antara urusetia lelaki dan penduduk kg. haha. ""sekarang ni harapan negara terletak pada tangan kita"
haha.fiza xley lupa quote tu..haha

pada pukul 2.00 petang kami bergerak ke masjid al nia'mah dan melakukan aktiviti 3M.


aktiviti berakhir dengan penyampaian hadiah. aktiviti tamat pada pukul 4.30. rehat di rumah keluarga angkat masing-masing. malam pulak persembahan! hmm hujan. kami wt persembahan dalam keadaan berhujan.


walaupun agak simple, tapi nice! kami terhibur! penonton pon turut terhibur! hehe..balik ke hotel dengan kenangan yang indah "persembahan dalam hujan" haha.

hari keenam di vietnam. check out dr hotel mekong pada pukul 7 pagi. meneruskan perjalanan ke
 bandar Ho Chi Minh 6 jam. 270 kilometer. kalau kat malaysia, 270 kilometer= 3jam perjalanan. hehe. yang menarik nya fiza nak kongsi adalah, di kemboja dan vietnam, had laju pemandu adalah 40 kilometer sejam. kalau lebih, kena masuk saman or masuk lockup! pelik dan ajaib. hehe. 6 jam perjalanan. fiza sempat menulis diari dalam bas. pastu kacau orang. hehe. setibanya di bandar Ho Chi Minh, makan tengahari  di saigon sri penang. restoran orang melayu. wahh! kagum2..menyambung perjalanan ke muzium vietnam, boleh tersermpak ng law lecturer fiza, miss fadhlina. tak disangka-sangka. betapa kecil dunia. hehe.pada waktu malam, kami berkesempatan berjalan-jalan. misi mencari durian! k.ji kepingin bangat durian. dan die belanje kami! hehe thanks k.ji =)

hari ketujuh adalah hari terakhir di bandar ho chi minh. check out dr hotel Huy Chuong Hotel kol 7. hotel kali ni sangat menarik! bath tub die cam peti sejuk! haha..siap ade radio lagi tu. plus lampu warna2 lagi. haha jadi jakun jap. fiza, mira, dan k.najwa turun awal. cadangnya nak berjalan-jalan. sempat beli kerepek nangka. mulenye pelik tengok "ade ke kerepek nangka?" huhu then fiza rase, sedap lah!hehe beli untuk family. bersarapan di saigon sri penang dan meneruskan perjalanan ke Chu Ci Tunnel. rakaman video dan bergambar. lawak la diorang ni. gembira bersama mereka. haha

Chu Ci Tunnel adalah tempat dimana orang-orang vietnam tinggal ketika perang dengan amerika. mendengar taklimat dan video bagaimana Chu Ci Tunnel berfungsi.nak tangok gambar?


sempit nak masuk tu. orang2 kurus saja yg boleh masuk. tp orang dulu2 kurus2. hehe. "yaAllah, hambamu bersyukur dilahirkan dalam kedaan yang selesa. jauhilah diriku dari sifat kufur akan nikmatMu ya rabb."

makan tengahari di restoran muslim. masakan mereka sedap2 belaka, Alhamdulillah. ada masa lagi, en. razak bg kami shopping dulu! haha. tiem ni lah yg fiza dengan k.nash lambat setengah jam. sume dah bebel2. "i'm sorry" misscommunication la, fiza ngat kene kumpul kol 5.30, rupa2nya kul 5. haha. sesudah itu, kami pun bergerak ke airport Ho Chi Minh dengan perasaan berat hati. huaa sedih2..tapi tak sabar nak jumpe family. tp nk jugak sedih!


flight ticket kul 9.30 malam.
 pulang ke malaysia dengan membawa sejuta kenangan dan harapan.
semoga aku tergolong dalam kalangan orang yang bersyukur, aminn ya rabb, berusaha memperbaiki diri..=) MISI TAMAT 


hari ketiga di kemboja 12 julai


hari ni kami menuju ke pejabat mufti kemboja. terdapat juga sekolah di pejabat mufti tersebut. ada aktiviti yang kami kongsikan bersama-sama adik2 di sni..mule2 ucapan dr mufti dan beliau menceritakan serba sedikit sejarah kemboja ketika pemerintahan rejim pol pot.


mengadakan aktiviti seni khat. agak gabra jdi PIC aktiviti ni. mujur yang lain membantu. Alhamdulillah..=)





barisan juri..haha
seusai aktiviti dijalankan, kami dihidangkan dengan jamuan makan tengahari. SEDAP! ada beberapa orang urusetia dari kalangan kami yg tolong masak. hehe


kemudian, selepas kami menunaikan solat, kami dibawa melawat ke muzium iaitu tempat sejarah pemerintahan pol pot sewaktu dia menyeksa rakyat2 kemboja sehingga mati. masyaAllah. tak tau nak gambarkan perasaan pabila melihat.


berjalan dan terus berjalan ke tempat-termpat yang dianggap bersejarah. hehe



kami mneruskan perjalanan kami ke destinasi yg seterusnya...ke Psa tmey. shopping3!
penat bershopping, membeli cenderahati untuk org tersayang, kami pun pulang ke hotel. penat. esok menyambung perjalanan ke vietnam. hehe. 6 jam perjalanan tu. huhu. apa nak buat. k, insyaAllah bersambung...wassalam.