Tuesday, July 26, 2011

Pengembaraan yang menyeronokkan

KEMBOJA-VIETNAM

Hari pertama 10/07/2011(ahad)
Menunggu waktu penerbangan pada pukul 11 malam adalah tempoh yang agak lame bagi kami kerana tiket kami pada pukul 6.50 pagi. Setelah sampai di LCCT, kami berkumpul menolak barang-barang yang agak banyak bersama-sama. Sempat merakamkan riak-riak kegembiraan disitu .

Selepas kami mencari pot untuk berkumpul, masing-masing sibuk bergambar. Haha..dengan banner la, bendera la..haha.. kemudian fiza dan amiranajwa membawa diri pergi makan di foodcourt  dan ada pekerja foodcourt tu bertanya..”staff sini ke?” haha..fiza gelak je ketika melihat muka najwa berubah peklik.(muka tak boleh cover) haha. Mana tak nya..pakai baju korporat ULPM mlm2..mereka2 ingat kami2 ni staff sini..hadoyy…pastu melihat kawan-kawan ULPM tidur di lantai beralaskan pakaian huhu fiza tak boleh tido malam tu. Tapi dapat lelap sekejap je. siap sedia beramai-ramai check in flight pada pukul 6.30 pagi. Tidak sabar rasanya pergi ke Negara orang. Ye la fiza baru first time pergi ke luar Negara. Pabila berada di perut kapal, terasa diri dibuai mimpi.” Betulkah aku dh smpai sni.”



 Negara pertama yang ku jejaki adalah kemboja. Arghh! Besnye.. Alhamdulillah, aku di kalangan insan yang terpilih dalam Usim. Seat flight fiza no 11E. duduk bersebelahan dengan adnin,mutia dan arif. Dalam flight tu, fiza meninjau-ninjau melihat pemandangan dari jarak atas..MasyaAllah! Subhanallah! Sangat indah dan cantik. Perjalanan dari kuala lumpur ke lapangan terbang Siem Reap, Kemboja mengambil masa 1 jam lebih. Seat tegak je. Sakit tengkuk. Huu Alhamdulillah, kami tiba di International Siem Reap Airport pada jam 8.00 pagi dan kami terus menikmati sarapan pagi di pondok hadapan ala-ala di hadapan lobi.. Menu makan pagi kami yang pertama di Kemboja adalah sandwich dan air mineral. Unik sandwich nya.huhu. kemudian kami beramai-ramai menaiki bas menyambung perjalanan ke destinasi yang pertama di Siem Reap, iaitu ke kampong Trapuing Air. Sebelum itu kami sempat bergambar beramai-ramai di hadapan lapangan terbang , Siem Reap.



Selepas itu, kami menyambung perjalanan menggunakan bas yang  mengambil masa setengah jam untuk pergi ke jeti menuju ke kampong Trapuing Air. Tourist Guide kami adalah En. Razak. 

Dialah yang memimpin kami sepanjang kami berada di kemboja-vietnam. En. Razak menceritakan serba sedikit salasilah ekonomi penduduk kampong Trapuing Air. Kami melihat sekeliling kami sambil mendengar taklimat yang diberikan oleh En. Razak. Suasana di kemboja boleh dikatakan era di Malaysia tahun 1950 an.  Sangat hiba rasanya melihat saudara seislam sendiri dalam belenggu kemiskinan. Mereka sangat miskin . Rumah-rumah yang mereka diami, sangat kecil dan tidak selesa dari sudut pandang kami. Tetapi kami hanya mampu berdoa kepada  mereka supaya mereka tidak tenggelam dari arus ilmu pengetahuan islam dan sentiasa dilimpah rahmat olehNya. Kami tidak mahu melihat saudara seislam sendiri mundur..MARHA!






Bagaimana mereka sudah bertahun-tahun tinggal disini…? Pakaian mereka yang dibasuh hanya menggunakan air sungai dibawah rumah mereka dimana air itulah mereka guna untuk mandi, buang air, basuh dan sebagainya. Bau sungai sudah berbau kurang selesa. Melihat anak-anak kecil seronok bermandi-manda dengan menggunakan air itu mampu membuatkan fiza tersenyum kecil. Seronok melihat orang sekeliling gembira. Bersyukur dengan apa yang ada. kami terus ke destinasi yang pertama di kampong Trapuing Air iaitu di Surau ar rahmah Phom Chong Khneas iaitu salah sebuah masjid yang berada di kampong Trapuing Air.




 Sempat bersalam-salaman dan bergambar dengan penduduk disana seusai memberi barangan bantuan kepada mereka. Melihat wajah mereka tersenyum ketika diberikan coklat-coklat dan makanan. Wajah Mereka kelihatan gembira.



 Kami berada di sana kira-kira 40 minit dan usai bersalam-salaman dan menengkap gambar kami meneruskan perjalanan ke tempat makan tengahari. Sebelum kami menjamu selera, kami sempat meninjau di sekitar tempat itu. Suasana kampung yang berada diatas air. Kelihatan gereja dan sekolah pun ada. Terapung. Hehe. Kami  dibawa ke tempat makan. Fiza dah lupa nama tempat tu. Tapi yang penting, tempat itu adalah tempat persinggahan makanan para pelancong .ala-ala R & R. 






Haha fiza naik ke puncak untuk menikmati pemandangan yang sungguh indah dari sudut atas. Tumbuhan menghijau dan kawasan ini dianggarkan 80% meliputi sungai, Subhanallah! Huhu fiza sempat merakam gambar bersama mat sale dari Australia. Kami sempat berbual-bual bersama sama mereka .rupanya mereka baru sahaja melawat kuala lumpur. Dan dia berkata “ Malaysia such a nice country”. Sedikit bangga menjadi rakyat Malaysia, walupun hakikatnya baru lepas isu besar “bersih” haha.



LUNCH HOUR! Kami menikmati hidangan nasi ayam kemboja dan air kelapa fresh! Sakan berborak dan usik mengusik.haha Alhamdulillah. Kembali kami, menaiki bot dan terus menaiki bas tadi menuju ke hotel yang pertama di kemboja.  Tak ingat lah nama hotel tuh. Tapi ciri-cirinya klasik dan kontemporari. Best lah! Sempat meninjau-ninjau di sekitar, terdapat kolam renang dan lobi yang agak menarik. Ada disediakan  perkhidmatan internet. Haha. Apa lagi. Masing2 meng “update” status masing2. Haha. “sekarang baru pukul 1.30, hehe” sempat berbisik kecil. Ada perancangan yang ingin lakukan. kami diberi tempoh selama 2 jam untuk berehat dan kami diarahkan berkumpul pada pukul 3.30 petang. Tepat pukul 3.30 kami sudah berkumpul di lobi hotel dan sempat bergambar lagi tu. Nak tengok gambar?



“ada 3 orang lagi tak cukup” tegur salah seorang pegawai pengiring. Haha jejaka2 rupanya. Terlajak tidur. Sabar je laaaa..haha..kami meneruskan perjalanan untuk pergi ber ‘shopping’! yeah! Kat sini fiza melihat barang2 yang dijual sangatlah murah..shawl berharga 2 dolar! Siape2 yang suka memakainya, bole buat koleksi. Hahaha. Fiza sempat membeli satu je sebagai kenang-kenangan. Meneruskan pencarian barang-barang yang nak dijadikan cenderahati untuk ahli keluarga dan teman-teman.



Singgah di kedai aksesori permata.sangat cantik! Sempat tawar-menawar dengan amoi tu. Dak2 laki pon berminat. Haha. Tup2..dah selesai! So kami berkumpul untuk ke destinasi yang seterusnya iaitu ke Angkor wat( Angkor temple). Melihat pemandangan matahari terbenam. So sebelum tu kami kena g beli tiket dulu. Harga tiket tu 20 dolar! Tankap gambar dulu sebelum dapat tiket coz kat tiket tu wujudnya gambar kita sebagai bukti. Haha ajaib! Tiket ade gambar kita sekali. Haha.

*BERSAMBUNG*
tetiba penat


insyaAllah akan fiza sambung
wassalam
















2 comments: