Nama Nur Hafizah binti Othman dilahirkan di Segamat, Johor pada 12 September 1991 bersamaan 3 Rabiu'l Awwal. Anak Sulung dari 3 orang adik beradik iaitu Nur Hafizah, Mohd Haziq dan Muhammad Hanif. Ehem3! kirenye fiza anak tunggal perempuan dalam keluarga. Inilah buah hati yang kadangkala menceriakan, kadangkala menggeramkan :-)
Nak dijadikan cerita, semasa darjah satu Hafizah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Segamat Baru dari darjah 1 hingga darjah 3. Kemudian berpindah di Sekolah Kebangsaan Pogoh dari pertengahan darjah 3 hingga darjah 6. Di peringkat menengah, Hafizah ditawarkan di Sekolah Menengah Agama Syamsudiniah tapi mendaftar dan mengisi borang untuk masuk di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang. Tiada Rezeki. Tup3 Hafizah bersekolah di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Segamat.Ha!ketika berada di sekolah tu, fiza jumpe kawan yang paling fiza sayang, iaitu, syafiqah, Safiyah, dan Jahidah. Happy sangat kenangan bersama.
 |
Dari kiri Jahidah, Syafiqah, Me, Safiyah |
Kawan Sejati Hafizah dari tingkatan 1 sampai sekarang. Teringat dahulu mase di kelas tahfiz bersama, ustaz yang kitorang suke dulu, mengajar madah tahfiz. Sering tasmi' sesama. Pastu berjenaka bersama. saling bahan membahan. haha. samapai ustaz pun ingat perangai kitorang. ye la kanak-kanak lagi . Perangai pon tin tong je. haha. Kisah menyanyat hati kitorang bermula apabila Hafizah berpisah dengan mereka dan mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang. kemudian nak dijadikan cerit, kami pon menangis2 la..ye la..da rapat2..pastu berpisah pulak. Hafizah berjaya menamatkan pelajaran peringkat Menengah di situ dan macam-macam dugaan Hafizah dapat semasa bersekolah disitu. Hanya Allah yang tahu. Selepas habis je spm, handphone pertama fiza dapat dari ibu adalah nokia..suke3!kmudian menyambung pelajaran peringkat STAM di Maahad Johor. Jumpe lagi kawan Hafizah. Syafiqah, Safiyah, Jahidah. huhu time tu happy sangat..ye la dapat jumpe balek an..hmm..tup3..Hafizah dapat tawaran dari USIM( Universiti Sains Islam Malaysia) dalam proram Tamhidi Syariah dan Undang-undang. Hati berbelah bagi sama ade ingin meneruskan STAM ataupun menyambung Asasi di USIM. Lama-kelamaan diri ini tekad ingin mengambil kos tamhidi Syariah dan Undang-Undang.
 |
Universiti Sains Islam Malaysia |
Maka berpindah la Hafizah ingin memulakan hidup dan dunia baru kampus. Hafizah minat sangat kos tu. sebab digabungkan syariah dan undang-undang. sgt unik dan teruja untuk belajar perkara baru. ha! Hafizah mendaftarkan diri pada 23 mei 2009 bernombor daftar 9090324...hmm semasa diri bergelar mahasiswa USIM..Hafizah terkejut sangat bahase yang digunakan dalam pelajaran..ye la..syariah dalam bahasa arab..undang2 sivil dalam bahase inggeris..macam mane nak pro dalam due bahase ni..aduh..Hafizah pun mundar mandir dalam memikirkan diri ini terombang ambing hidup di alam Usim ni..haha.."poyo"em..lama2 tu alhamdulillah..berjalan dengan lancar..terima kasih kepada lecturer2 dan kawan2 yang membantu diri ni..lagi-lagi ustz ridhwan..mengajar subjek Syariah..haha..bila time kelas je..ustaz mst tanye nama Hafizah. Hafizah ade ke x..hehe rase "ter"bangge plak. Yela, Hafizah seorang yang pasif di dalam kelas. haha..okeylah..cukuplah sampai sini..haha mengimbau kenangan lalu sahaja..haha..ok ade sedikit gambar kenang-kenangan nak kongsikan..lihatlah..hehe
 |
group 1 tamhidi syariah dan undang-undang |
 |
Lawatan ke Mahkamah Persekutuan |
 |
Semester Akhir Tamhidi Syariah dan Undang-Undang
|
tahniah
ReplyDeleteAssalam. boleh ceritakan prosedur praktikal di brunei?
ReplyDelete