"yang arif, pihak defenden tidak menjelaskan sebab dan alasan yang kukuh kepada mahkamah atas keterangan yang beliau nyatakan sebentar tadi. Oleh itu yang arif,saya ingin meminta izin mahkamah membenarkan saya memanggil anak guam saya ke kamar saksi untuk membalas balik kenyataan yang dilemparkan terhadap anak guam saya.”
Langsung peguam memberikan isyarat tangan mempersilakan anak guamnya ke kamar saksi.
“saya berjanji akan berkata benar sebenar-benarnya dan tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka.”
Yang arif, alasan yang dikatakan oleh suami saya tu tak munasabah. Sepatutnya suami saya pulang ke rumah selepas die bertugas selama 3 bulan. Ni 6 bulan die tak pulang ke rumah dan dia tidak menghubungi saya pun. Saya telefon beberapa kali, dan dia tak jawab. Tiba-tiba dia pulang ke rumah, dia cakap yang die sudah berkahwin lain. Saya tak peduli, saya tak rela dimadukan. Dan saya nak mintak cerai dari dia. Dalam lafaz ta’liq masa nikah ade menyebut, “maka gugurlah talak keatas isteri saya sekiranya saya tidak pulang ke rumah lebih dari 3 bulan tanpa menyediakan nafkah terhadapnya.” Jadi, sewajarnya talak sudah jatuh keatas saya dengan sah! ( sambil menunjukkan wajah yang marah dan geram).
"ok Pn. Sarah, terima kasih,” peguam bernada tegas dalam menyusun kata untuk menenangkan anak guamnya.
Yang arif, setelah mendengar keterangan dari puan sarah sebentar tadi, mohon mahkamah dapat menimbang tara….(poof!! )
“ZA BANGUN! Kang lambat gi kuliah t. ish kau ni, cam tak tau je prof tu camne..lambat 5 minit, potong 5 markah."
Aduh! Ya Allah, Mimpi keh?aduyai, tengah syok-syok mimpi jadi peguam mahkamah tinggi syariah.
Aishhh….(sambil menggosok-gosok mukanya)
Weh, nis, jap, nak citer ni, ko tau, dalam mimpi tuh, aku mimpi, aku pakai kot,baju kurung itam putih then aku pegang fail-fail n briefcase aku yang berat and penuh dengan document2, akta2. Pastu kan, aku duduk sebelah anak guam aku, HA! Aku ng bela anak guam aku yang nak mintak fasakh dari laki die tapi suami die tak nak cerai. anis, aku harap-harap la apa yang aku mimpi tu betul-betul jadi kenyataan..
AMIN..( serentak meng ‘amin’kan)
Haha.boleh pulak mimpi tuh..lawak la kau ni, haha..
COP! Dalam mimpi kau tu ada peguam hensem tak? Haha..gurau jeq..(sambil menepuk rakannya)
Okeh2..aku harap pe yang kita cita-citakan selama ni tercapai. Focus SASARAN dan MATLAMAT.. then kau boleh capai cita-cita dan niat kau nak jejak kaki kat mahkamah. Dan aku sebagai sahabat mendoakan agar kita akan jadi peguam sama-sama. Naik turun mahkamah sama-sama. dapat jumpa lwyer-lwyer hensem.Hehe.
Sempat tul makcik ni tanya peguam hensem dalam mimpi aku (sambil berbisik kecil dihati )
No comments:
Post a Comment