Friday, July 29, 2011

gegar vietnam!

perjalanan dari kemboja ke vietnam mengambil masa kira-kira 5 jam. naik bot plak tu. broom3!
sempat berposing atas bot! yeah!

setibanya kami di sempadan vietnam,kene pergi pusat imigresen vietnam untuk sahkan passport.
unik tempatnya. 


dah samapi di kampung chao doc, kami disambut dengan meriah oleh penduduk kampung. mereka berpakaian lawa-lawa belaka. ala-ala pengantin. waa terharu rasanya. kemudian kami menikmati makan tengahari bersama penduduk kg serta mengagihkan beras kepada penduduk kampung. selesai mengagihkan, kami berkesempatan berbasikal beramai-ramai. yang ni paling bes!


nak jugak fiza merakamkan aksi fiza berbasikal. haha


setelah penat berbasikal, kami sempat merakam detik-detik bersama orang-orang kampung. tiba masanya check in hotel!hotel terapong! nama hotel tu mekong hotel.
pada waktu malam pula, kami menikmati makan malam di atas bot. smbil mengelilingi sekitar sungai mekong.
selepas itu sempat kami berlatih persembahan untuk dipersembahkan kepada penduduk kampung pada malam esok.

pada keesokan harinya, kami bersarapan roti perancis dicicah bersam kari daging. pekena kopi susu ais! setelah itu kami beramai-ramai pergi ke rumah keluarga angkat masing-masing. sesi beramah mesra dengan keluarga angkat. pada pukul 9, kami bergerak ke padang untuk aktiviti yang seterusnya. SUKANEKA bagi yang perempuan. PERTANDINGAN BOLA BALING antara urusetia lelaki dan penduduk kg. haha. ""sekarang ni harapan negara terletak pada tangan kita"
haha.fiza xley lupa quote tu..haha

pada pukul 2.00 petang kami bergerak ke masjid al nia'mah dan melakukan aktiviti 3M.


aktiviti berakhir dengan penyampaian hadiah. aktiviti tamat pada pukul 4.30. rehat di rumah keluarga angkat masing-masing. malam pulak persembahan! hmm hujan. kami wt persembahan dalam keadaan berhujan.


walaupun agak simple, tapi nice! kami terhibur! penonton pon turut terhibur! hehe..balik ke hotel dengan kenangan yang indah "persembahan dalam hujan" haha.

hari keenam di vietnam. check out dr hotel mekong pada pukul 7 pagi. meneruskan perjalanan ke
 bandar Ho Chi Minh 6 jam. 270 kilometer. kalau kat malaysia, 270 kilometer= 3jam perjalanan. hehe. yang menarik nya fiza nak kongsi adalah, di kemboja dan vietnam, had laju pemandu adalah 40 kilometer sejam. kalau lebih, kena masuk saman or masuk lockup! pelik dan ajaib. hehe. 6 jam perjalanan. fiza sempat menulis diari dalam bas. pastu kacau orang. hehe. setibanya di bandar Ho Chi Minh, makan tengahari  di saigon sri penang. restoran orang melayu. wahh! kagum2..menyambung perjalanan ke muzium vietnam, boleh tersermpak ng law lecturer fiza, miss fadhlina. tak disangka-sangka. betapa kecil dunia. hehe.pada waktu malam, kami berkesempatan berjalan-jalan. misi mencari durian! k.ji kepingin bangat durian. dan die belanje kami! hehe thanks k.ji =)

hari ketujuh adalah hari terakhir di bandar ho chi minh. check out dr hotel Huy Chuong Hotel kol 7. hotel kali ni sangat menarik! bath tub die cam peti sejuk! haha..siap ade radio lagi tu. plus lampu warna2 lagi. haha jadi jakun jap. fiza, mira, dan k.najwa turun awal. cadangnya nak berjalan-jalan. sempat beli kerepek nangka. mulenye pelik tengok "ade ke kerepek nangka?" huhu then fiza rase, sedap lah!hehe beli untuk family. bersarapan di saigon sri penang dan meneruskan perjalanan ke Chu Ci Tunnel. rakaman video dan bergambar. lawak la diorang ni. gembira bersama mereka. haha

Chu Ci Tunnel adalah tempat dimana orang-orang vietnam tinggal ketika perang dengan amerika. mendengar taklimat dan video bagaimana Chu Ci Tunnel berfungsi.nak tangok gambar?


sempit nak masuk tu. orang2 kurus saja yg boleh masuk. tp orang dulu2 kurus2. hehe. "yaAllah, hambamu bersyukur dilahirkan dalam kedaan yang selesa. jauhilah diriku dari sifat kufur akan nikmatMu ya rabb."

makan tengahari di restoran muslim. masakan mereka sedap2 belaka, Alhamdulillah. ada masa lagi, en. razak bg kami shopping dulu! haha. tiem ni lah yg fiza dengan k.nash lambat setengah jam. sume dah bebel2. "i'm sorry" misscommunication la, fiza ngat kene kumpul kol 5.30, rupa2nya kul 5. haha. sesudah itu, kami pun bergerak ke airport Ho Chi Minh dengan perasaan berat hati. huaa sedih2..tapi tak sabar nak jumpe family. tp nk jugak sedih!


flight ticket kul 9.30 malam.
 pulang ke malaysia dengan membawa sejuta kenangan dan harapan.
semoga aku tergolong dalam kalangan orang yang bersyukur, aminn ya rabb, berusaha memperbaiki diri..=) MISI TAMAT 


No comments:

Post a Comment