Sunday, August 14, 2011

=.= Musuh atau jodoh ^.^

Situasi 1 : Terjaga dari lamunan, memikirkan salah seorang rakan yang sedang “frust”. Fiza turut bersimpati terhadap beliau. Menanti pujaan hati untuk dijadikan suri pada masa yang sesuai. Memendam rasa selama bertahun. Saling berjanji untuk setia bersama hingga tamat pengajian.  Tup2 dapat tau, perempuan tu sudah menjadi tunangan orang. Fiza tak tahu nak bayangkan perasaannya. Fiza hanya mampu bersimpati terhadap beliau, memberikan kata semangat dan berdoa agar beliau digantikan dengan jodoh yang baik dan solehah..amin…JODOHKAH?
Situasi 2 : Terfikir tentang sahabat juga , yang telah bertahun lama menyukai dan memendam rasa pada si dia(sejak sekolah menengah hingga sekarang), meluahkan rasa hati kepadanya dan akhirnya si dia telah mempunyai dan menunggu orang lain sebagai teman hidup. Oh, sungguh kecewa. Fiza memberitahunya agar dia mencari yang lain tapi dia tetap dengan pilihan hatinya dan dia berkata yang dia sering berdoa dari jauh agar dipertemukan jodoh dengan pilihan hatinya. Fiza turut mengaminkannya, semoga sahabat-sahabatku bahagia dengan pilihan hati masing-masing. JODOHKAH?
Situasi 3 : teringat salah seorang teman, yang pernah melalui alam “Couple Islamic”, berjanji setia selamanya. Sering menjaga kebajikannya. Dan menghalangnya dari berkenalan dengan mana-mana lelaki, even rakan sekelas. Sering nasihat menasihati antara satu sama lain. Dan tiba-tiba putus ditengah jalan, kerana berpendapat tidak sehaluan bergaduh dan bla~bla~bla~ putus. Berdoa agar TIDAK dijodohkan bersama. menyesal kerana berkenalan dengannya.MUSUHKAH?



“Suka tidak semestinya memiliki, benci tidak semestinya menghindari”
Kata-kata itu tak dapat fiza lupakan. Semoga kata-kata ini dapat memberi kesan terhadap sesiapa yang menghayatinya. ^.^
MUSUHKAH ATAU JODOHKAH? adakah musuh boleh berlaku tatkala jodoh itu telah ditetapkan? Seringkali terfikir, bagaimana perasaan benci boleh bertukar sayang. Adakah zarah2 “benci” telah bertindak balas dengan atom “geram” maka terbentuknya molekul “suka”? haha. Mengambil teori sains sebagai bahan ujikaji. Huahua. Kalau teori matematik, takut tak kena pulak.hehe.
Pernah berbincang dengan sahabat-sahabat, perkara seperti ini, “pokok pangkal diri, kalau pandai jaga diri,jaga iman, insyaAllah, perkara mcm ni tidak terjadi. Tidak salah untuk menyukai seseorang, fitrah, tapi jangan lah berlebihan kerana Allah tidak suka orang yang melampaui batas.”. Jika perkara ini terjadi, tentulah itu  dugaan dari illahi yang ingin menguji cinta hambaNya terhadap pemilik cinta. Serahkanlah cinta kepada pemilikNya, agar DIA meletakkan cinta kita kepada orang yang berhak untuk menjaganya.=)
Berdoa  bersama agar dikurniakan pasangan yang beriman yang dapat membimbing kita ke jalanNya.
Sekadar ingin berkongsi. PEACE!!





No comments:

Post a Comment