Saturday, August 27, 2011

# aidilfitri versi saya keluarga sayang saya #


Dimulakan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.


Terbalikkan tajuk tu. “saya sayang keluarga saya versi aidilfitri”. Hehe. Jangan ingat fiza tersilap tulis atau fiza tak pandai bahasa Malaysia. Hehe. Okeh,Nak diceritakan agak lama kot tak update blog. Anggaran sminggu lebih. Sibuk dengan penyediaan menyambut hari raya aidilfitri yang tak lama je lagi. Huhu. Sibuk sgt keh? Haha. Xdela sibuk mana pun. Saja menghabiskan masa dengan keluarga tersayang. Rasa cam dah lama tak bersama dengan keluarga. Cuti kali ni sebulan lebih. Extra gift lagi, dapat puasa (sahur + berbuka) bersama mereka.  SERONOK SANGAT . 

ala, tak cukup lagi sorang, menyorok kat belakang kot. hee(gambaran semata)







Adik yang dah pandai berlawak jenaka dengan kakaknya, ibu yang sangat sporting dengan anaknya, dan ayah yang dalam diam mencintai anaknya. Bila gabungkan kesemua nya maka happeninglah keluarga fiza. Tak lama lagi dah bak menyambut hari raya bagi tahun 1432 hijrah. Mengharapkan tahun ni lebih bermakna. Nak check list perkara yang fiza kena buat dalam beberapa hari ni. PERTAMA: membeli dan menghantar kad raya kepada kengkawan. KEDUA: membeli belah bersama ibu untuk persiapan kuih raya.  KETIGA: membeli belah barangan raya bersama keluarga. KEEMPAT: mengemas rumah sebelum raya.


bergotong royong bersama  yaah!






Wah, sibuk sangat Nampak? Haha. Membahagi tugas dengan adik-adik. Selaku yang sulung, menggunakan kuasa veto dalam membahagikan tugasan. Haha. “ ha, hanif buat yang tu…haziq buat yang ni. Jangan nak mengelat. Bagi kakak rehat” haha.  Jokes jer..



eh, dah nak raya lah, rasa cam baru berapa hari je puasa. jap je dah nak raya. terasa sayu pulak.
Jauh disudut hati, sedih meninggalkan madrasah ramadhan tahun 1432. Berdoa agar segala amalan diterima dan dimakbulkan oleh ALLAH A’ZZAWAJALLA. Dan mengharapkan agar bertemu ramadhan yang akan datang. Di kesempatan ni mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.


Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

Sunday, August 14, 2011

=.= Musuh atau jodoh ^.^

Situasi 1 : Terjaga dari lamunan, memikirkan salah seorang rakan yang sedang “frust”. Fiza turut bersimpati terhadap beliau. Menanti pujaan hati untuk dijadikan suri pada masa yang sesuai. Memendam rasa selama bertahun. Saling berjanji untuk setia bersama hingga tamat pengajian.  Tup2 dapat tau, perempuan tu sudah menjadi tunangan orang. Fiza tak tahu nak bayangkan perasaannya. Fiza hanya mampu bersimpati terhadap beliau, memberikan kata semangat dan berdoa agar beliau digantikan dengan jodoh yang baik dan solehah..amin…JODOHKAH?
Situasi 2 : Terfikir tentang sahabat juga , yang telah bertahun lama menyukai dan memendam rasa pada si dia(sejak sekolah menengah hingga sekarang), meluahkan rasa hati kepadanya dan akhirnya si dia telah mempunyai dan menunggu orang lain sebagai teman hidup. Oh, sungguh kecewa. Fiza memberitahunya agar dia mencari yang lain tapi dia tetap dengan pilihan hatinya dan dia berkata yang dia sering berdoa dari jauh agar dipertemukan jodoh dengan pilihan hatinya. Fiza turut mengaminkannya, semoga sahabat-sahabatku bahagia dengan pilihan hati masing-masing. JODOHKAH?
Situasi 3 : teringat salah seorang teman, yang pernah melalui alam “Couple Islamic”, berjanji setia selamanya. Sering menjaga kebajikannya. Dan menghalangnya dari berkenalan dengan mana-mana lelaki, even rakan sekelas. Sering nasihat menasihati antara satu sama lain. Dan tiba-tiba putus ditengah jalan, kerana berpendapat tidak sehaluan bergaduh dan bla~bla~bla~ putus. Berdoa agar TIDAK dijodohkan bersama. menyesal kerana berkenalan dengannya.MUSUHKAH?



“Suka tidak semestinya memiliki, benci tidak semestinya menghindari”
Kata-kata itu tak dapat fiza lupakan. Semoga kata-kata ini dapat memberi kesan terhadap sesiapa yang menghayatinya. ^.^
MUSUHKAH ATAU JODOHKAH? adakah musuh boleh berlaku tatkala jodoh itu telah ditetapkan? Seringkali terfikir, bagaimana perasaan benci boleh bertukar sayang. Adakah zarah2 “benci” telah bertindak balas dengan atom “geram” maka terbentuknya molekul “suka”? haha. Mengambil teori sains sebagai bahan ujikaji. Huahua. Kalau teori matematik, takut tak kena pulak.hehe.
Pernah berbincang dengan sahabat-sahabat, perkara seperti ini, “pokok pangkal diri, kalau pandai jaga diri,jaga iman, insyaAllah, perkara mcm ni tidak terjadi. Tidak salah untuk menyukai seseorang, fitrah, tapi jangan lah berlebihan kerana Allah tidak suka orang yang melampaui batas.”. Jika perkara ini terjadi, tentulah itu  dugaan dari illahi yang ingin menguji cinta hambaNya terhadap pemilik cinta. Serahkanlah cinta kepada pemilikNya, agar DIA meletakkan cinta kita kepada orang yang berhak untuk menjaganya.=)
Berdoa  bersama agar dikurniakan pasangan yang beriman yang dapat membimbing kita ke jalanNya.
Sekadar ingin berkongsi. PEACE!!





Saturday, August 13, 2011

pabila kanak-kanak puasa

alhamdulillah, hari ini sudah msuk ramdhan ke 14, malam ni bulan mengambang..
sekadar ingin berkongsi ramadhan masa zaman kanak-kanak. terasa ingin mengimbau kembali masa kecik2 puasa.

teringat..disuatu petang, "weh esok dah puasa la, tak dpt la kite nak main lgi petang2 cegini, mak kite ckp kalau tak puasa tak dapat duit raya..kalau kite main jugak, msti penat..huu" sambil tangan sibuk menangkap belalang. haha lucu bila ingat. pada keesokan harinya(puasa), masih meneruskan aktiviti pada waktu petang, terasa haus sgt..buat-buatlah basuh muka dan kumur2..haha..gulp, alamak tertelan..ops!

tak sabar-sabar nak buka puasa, bila ayah pergi bazar pon nak ikut sama, "ayah,nak yang tu.." "ibu, nak yg ni" pastu ibu ckp.."ish budak ni..sumer nk dibelinya, baru sehari puasa" huahua...

saat dimeja makan..setengah jam dh ade kt meja makan sambil memegang pinggan...tangan menguis2 nasi..mata melihat jarum jam bergerak..."aduh, lamanya..hausnya..huk3..


ketika mendengar azanberkumandang, tangan menerpa air sejuk dicawan..huh, YA ALLAH,sedapnya..leganya...berkata pada ibu.."ibu, esok nak cuti puasa boleh tak..ala,sehari jer.."ibu pon membalas.."oh, duit raya pun cuti sehari la.." toink3!

bila dh besar,,teringat msa dulu puasa, "puasa sebab nak duti raya"
ALHAMDULILLAH, sekarang puasa adalah  keranaNya dan ingin mendapat rahmat,keampunan dan keredhaanNya semata-mata...
"ASTAGHFIRULLAH A'LA KULLI ZANBI"

Tuesday, August 2, 2011

rasa macam nak dengar




Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya