Sunday, July 31, 2011

ramadhan oh ramadhan

salam ramadhan buat semua, betapa terujanya menunggu ramadhan tiba. "the transition month". bulan yang Allah memberi peluang kepada hambaNya untuk beribadah dan mendapat taqwa. bulan memperbaiki diri untuk kearah lebih baik. bulan dimana, orang yang berhajat ingin menjadi soleh/solehah. BULAN RAMADHAN. RAMADHAN KAREEM. menunggu pengumuman kelihatannya anak bulan ramAdhan dihadapan tv dengan penuh perasaan didalam hati.


pengumuman bulan ramadhan. tengok!

"tarikh puase adalah pada tarikh 1 ogos 2011 bersamaan  1 ramadhan 1432 hjrah"

setelah disahkan bahawa anak bulan ramadhan telah kelihatan, diri ini mengucapkan syukur ALHAMDULILLAH. kerana dapat meraikan ramadhan kali ini. terbit dilubuk hati, wajah-wajah saudara, atok2, nenek, rakan seperjuangan yang telah berada di atas sana. semoga rohnya dicucuri rahmat dan kasih sayang oleh Allah s.w.t serta tergolong dari kalangan orang yang bertaqwa.
yeay! boleh terawih. mari bertarawih bersama! mula membuat jadual spenjang ramadhan. what do's n dont's? 
harap  semua dapat grab peluang beribadah di bulan ramadhan.. "iimaanaan wahtisaban"..


selamat berpuasa di bulan ramadhan, agar puasa kita berbuah taqwa
sekian, wassalam




Friday, July 29, 2011

gegar vietnam!

perjalanan dari kemboja ke vietnam mengambil masa kira-kira 5 jam. naik bot plak tu. broom3!
sempat berposing atas bot! yeah!

setibanya kami di sempadan vietnam,kene pergi pusat imigresen vietnam untuk sahkan passport.
unik tempatnya. 


dah samapi di kampung chao doc, kami disambut dengan meriah oleh penduduk kampung. mereka berpakaian lawa-lawa belaka. ala-ala pengantin. waa terharu rasanya. kemudian kami menikmati makan tengahari bersama penduduk kg serta mengagihkan beras kepada penduduk kampung. selesai mengagihkan, kami berkesempatan berbasikal beramai-ramai. yang ni paling bes!


nak jugak fiza merakamkan aksi fiza berbasikal. haha


setelah penat berbasikal, kami sempat merakam detik-detik bersama orang-orang kampung. tiba masanya check in hotel!hotel terapong! nama hotel tu mekong hotel.
pada waktu malam pula, kami menikmati makan malam di atas bot. smbil mengelilingi sekitar sungai mekong.
selepas itu sempat kami berlatih persembahan untuk dipersembahkan kepada penduduk kampung pada malam esok.

pada keesokan harinya, kami bersarapan roti perancis dicicah bersam kari daging. pekena kopi susu ais! setelah itu kami beramai-ramai pergi ke rumah keluarga angkat masing-masing. sesi beramah mesra dengan keluarga angkat. pada pukul 9, kami bergerak ke padang untuk aktiviti yang seterusnya. SUKANEKA bagi yang perempuan. PERTANDINGAN BOLA BALING antara urusetia lelaki dan penduduk kg. haha. ""sekarang ni harapan negara terletak pada tangan kita"
haha.fiza xley lupa quote tu..haha

pada pukul 2.00 petang kami bergerak ke masjid al nia'mah dan melakukan aktiviti 3M.


aktiviti berakhir dengan penyampaian hadiah. aktiviti tamat pada pukul 4.30. rehat di rumah keluarga angkat masing-masing. malam pulak persembahan! hmm hujan. kami wt persembahan dalam keadaan berhujan.


walaupun agak simple, tapi nice! kami terhibur! penonton pon turut terhibur! hehe..balik ke hotel dengan kenangan yang indah "persembahan dalam hujan" haha.

hari keenam di vietnam. check out dr hotel mekong pada pukul 7 pagi. meneruskan perjalanan ke
 bandar Ho Chi Minh 6 jam. 270 kilometer. kalau kat malaysia, 270 kilometer= 3jam perjalanan. hehe. yang menarik nya fiza nak kongsi adalah, di kemboja dan vietnam, had laju pemandu adalah 40 kilometer sejam. kalau lebih, kena masuk saman or masuk lockup! pelik dan ajaib. hehe. 6 jam perjalanan. fiza sempat menulis diari dalam bas. pastu kacau orang. hehe. setibanya di bandar Ho Chi Minh, makan tengahari  di saigon sri penang. restoran orang melayu. wahh! kagum2..menyambung perjalanan ke muzium vietnam, boleh tersermpak ng law lecturer fiza, miss fadhlina. tak disangka-sangka. betapa kecil dunia. hehe.pada waktu malam, kami berkesempatan berjalan-jalan. misi mencari durian! k.ji kepingin bangat durian. dan die belanje kami! hehe thanks k.ji =)

hari ketujuh adalah hari terakhir di bandar ho chi minh. check out dr hotel Huy Chuong Hotel kol 7. hotel kali ni sangat menarik! bath tub die cam peti sejuk! haha..siap ade radio lagi tu. plus lampu warna2 lagi. haha jadi jakun jap. fiza, mira, dan k.najwa turun awal. cadangnya nak berjalan-jalan. sempat beli kerepek nangka. mulenye pelik tengok "ade ke kerepek nangka?" huhu then fiza rase, sedap lah!hehe beli untuk family. bersarapan di saigon sri penang dan meneruskan perjalanan ke Chu Ci Tunnel. rakaman video dan bergambar. lawak la diorang ni. gembira bersama mereka. haha

Chu Ci Tunnel adalah tempat dimana orang-orang vietnam tinggal ketika perang dengan amerika. mendengar taklimat dan video bagaimana Chu Ci Tunnel berfungsi.nak tangok gambar?


sempit nak masuk tu. orang2 kurus saja yg boleh masuk. tp orang dulu2 kurus2. hehe. "yaAllah, hambamu bersyukur dilahirkan dalam kedaan yang selesa. jauhilah diriku dari sifat kufur akan nikmatMu ya rabb."

makan tengahari di restoran muslim. masakan mereka sedap2 belaka, Alhamdulillah. ada masa lagi, en. razak bg kami shopping dulu! haha. tiem ni lah yg fiza dengan k.nash lambat setengah jam. sume dah bebel2. "i'm sorry" misscommunication la, fiza ngat kene kumpul kol 5.30, rupa2nya kul 5. haha. sesudah itu, kami pun bergerak ke airport Ho Chi Minh dengan perasaan berat hati. huaa sedih2..tapi tak sabar nak jumpe family. tp nk jugak sedih!


flight ticket kul 9.30 malam.
 pulang ke malaysia dengan membawa sejuta kenangan dan harapan.
semoga aku tergolong dalam kalangan orang yang bersyukur, aminn ya rabb, berusaha memperbaiki diri..=) MISI TAMAT 


hari ketiga di kemboja 12 julai


hari ni kami menuju ke pejabat mufti kemboja. terdapat juga sekolah di pejabat mufti tersebut. ada aktiviti yang kami kongsikan bersama-sama adik2 di sni..mule2 ucapan dr mufti dan beliau menceritakan serba sedikit sejarah kemboja ketika pemerintahan rejim pol pot.


mengadakan aktiviti seni khat. agak gabra jdi PIC aktiviti ni. mujur yang lain membantu. Alhamdulillah..=)





barisan juri..haha
seusai aktiviti dijalankan, kami dihidangkan dengan jamuan makan tengahari. SEDAP! ada beberapa orang urusetia dari kalangan kami yg tolong masak. hehe


kemudian, selepas kami menunaikan solat, kami dibawa melawat ke muzium iaitu tempat sejarah pemerintahan pol pot sewaktu dia menyeksa rakyat2 kemboja sehingga mati. masyaAllah. tak tau nak gambarkan perasaan pabila melihat.


berjalan dan terus berjalan ke tempat-termpat yang dianggap bersejarah. hehe



kami mneruskan perjalanan kami ke destinasi yg seterusnya...ke Psa tmey. shopping3!
penat bershopping, membeli cenderahati untuk org tersayang, kami pun pulang ke hotel. penat. esok menyambung perjalanan ke vietnam. hehe. 6 jam perjalanan tu. huhu. apa nak buat. k, insyaAllah bersambung...wassalam.




hari kedua 11 julai 2011


alhamdulillah pagi yang ceria..menuju ke angkor wat untuk melihat bangunan bersejarah kemboja iaitu Angkor wat. tengok tiket jap! hee



ketika masuk didalam, kami mendengar serba sedikit sejarah tentang angkor wat.
penat mengelilingi bangunan ni. sangat lah besar!



petang pulak, kami berjalan-jalan disini



hari ni kami banyak melawat ke tempat2 bersejarah.
tu je nk kongsikan..=)



sambung! haa

 “simpan tiket , esok kite akan guna lg tiket tu” arah tourist guide kami. Sempat fiza merakamkan aksi + gelagat mereka-mereka dlam bas. Sangat terhibur. Bas kami berhenti kira-kira 100 meter dari pintu gerbang besar. Bergambar lagi! Haa

Mana tidaknya, hampir semua dari kalangan kami membawa kamera masing2. Siapa je yang nak menangkap gambar, kami2 menyelit. Haha. Selepas itu en. Azhar menemu ramah salah seorang dari kami untuk disiarkan dalam dokumentari. Kemudian kami menyambung pejalanan ke salah sebuah restoran muslim di siem reap, kemboja. Hidangannya sangat lazat! Nyam3! Menu nya pelbagai. Ada telur dadar, ayam..n macam2 lagi!berborak dan terus berborak. Seusai makan, kami pun beramai-ramai menunaikan solat jama' qasar.malamnye, kami bershopping di Night market!
letih sudah, pulang ke hotel..vroom3..





Tuesday, July 26, 2011

Pengembaraan yang menyeronokkan

KEMBOJA-VIETNAM

Hari pertama 10/07/2011(ahad)
Menunggu waktu penerbangan pada pukul 11 malam adalah tempoh yang agak lame bagi kami kerana tiket kami pada pukul 6.50 pagi. Setelah sampai di LCCT, kami berkumpul menolak barang-barang yang agak banyak bersama-sama. Sempat merakamkan riak-riak kegembiraan disitu .

Selepas kami mencari pot untuk berkumpul, masing-masing sibuk bergambar. Haha..dengan banner la, bendera la..haha.. kemudian fiza dan amiranajwa membawa diri pergi makan di foodcourt  dan ada pekerja foodcourt tu bertanya..”staff sini ke?” haha..fiza gelak je ketika melihat muka najwa berubah peklik.(muka tak boleh cover) haha. Mana tak nya..pakai baju korporat ULPM mlm2..mereka2 ingat kami2 ni staff sini..hadoyy…pastu melihat kawan-kawan ULPM tidur di lantai beralaskan pakaian huhu fiza tak boleh tido malam tu. Tapi dapat lelap sekejap je. siap sedia beramai-ramai check in flight pada pukul 6.30 pagi. Tidak sabar rasanya pergi ke Negara orang. Ye la fiza baru first time pergi ke luar Negara. Pabila berada di perut kapal, terasa diri dibuai mimpi.” Betulkah aku dh smpai sni.”



 Negara pertama yang ku jejaki adalah kemboja. Arghh! Besnye.. Alhamdulillah, aku di kalangan insan yang terpilih dalam Usim. Seat flight fiza no 11E. duduk bersebelahan dengan adnin,mutia dan arif. Dalam flight tu, fiza meninjau-ninjau melihat pemandangan dari jarak atas..MasyaAllah! Subhanallah! Sangat indah dan cantik. Perjalanan dari kuala lumpur ke lapangan terbang Siem Reap, Kemboja mengambil masa 1 jam lebih. Seat tegak je. Sakit tengkuk. Huu Alhamdulillah, kami tiba di International Siem Reap Airport pada jam 8.00 pagi dan kami terus menikmati sarapan pagi di pondok hadapan ala-ala di hadapan lobi.. Menu makan pagi kami yang pertama di Kemboja adalah sandwich dan air mineral. Unik sandwich nya.huhu. kemudian kami beramai-ramai menaiki bas menyambung perjalanan ke destinasi yang pertama di Siem Reap, iaitu ke kampong Trapuing Air. Sebelum itu kami sempat bergambar beramai-ramai di hadapan lapangan terbang , Siem Reap.



Selepas itu, kami menyambung perjalanan menggunakan bas yang  mengambil masa setengah jam untuk pergi ke jeti menuju ke kampong Trapuing Air. Tourist Guide kami adalah En. Razak. 

Dialah yang memimpin kami sepanjang kami berada di kemboja-vietnam. En. Razak menceritakan serba sedikit salasilah ekonomi penduduk kampong Trapuing Air. Kami melihat sekeliling kami sambil mendengar taklimat yang diberikan oleh En. Razak. Suasana di kemboja boleh dikatakan era di Malaysia tahun 1950 an.  Sangat hiba rasanya melihat saudara seislam sendiri dalam belenggu kemiskinan. Mereka sangat miskin . Rumah-rumah yang mereka diami, sangat kecil dan tidak selesa dari sudut pandang kami. Tetapi kami hanya mampu berdoa kepada  mereka supaya mereka tidak tenggelam dari arus ilmu pengetahuan islam dan sentiasa dilimpah rahmat olehNya. Kami tidak mahu melihat saudara seislam sendiri mundur..MARHA!






Bagaimana mereka sudah bertahun-tahun tinggal disini…? Pakaian mereka yang dibasuh hanya menggunakan air sungai dibawah rumah mereka dimana air itulah mereka guna untuk mandi, buang air, basuh dan sebagainya. Bau sungai sudah berbau kurang selesa. Melihat anak-anak kecil seronok bermandi-manda dengan menggunakan air itu mampu membuatkan fiza tersenyum kecil. Seronok melihat orang sekeliling gembira. Bersyukur dengan apa yang ada. kami terus ke destinasi yang pertama di kampong Trapuing Air iaitu di Surau ar rahmah Phom Chong Khneas iaitu salah sebuah masjid yang berada di kampong Trapuing Air.




 Sempat bersalam-salaman dan bergambar dengan penduduk disana seusai memberi barangan bantuan kepada mereka. Melihat wajah mereka tersenyum ketika diberikan coklat-coklat dan makanan. Wajah Mereka kelihatan gembira.



 Kami berada di sana kira-kira 40 minit dan usai bersalam-salaman dan menengkap gambar kami meneruskan perjalanan ke tempat makan tengahari. Sebelum kami menjamu selera, kami sempat meninjau di sekitar tempat itu. Suasana kampung yang berada diatas air. Kelihatan gereja dan sekolah pun ada. Terapung. Hehe. Kami  dibawa ke tempat makan. Fiza dah lupa nama tempat tu. Tapi yang penting, tempat itu adalah tempat persinggahan makanan para pelancong .ala-ala R & R. 






Haha fiza naik ke puncak untuk menikmati pemandangan yang sungguh indah dari sudut atas. Tumbuhan menghijau dan kawasan ini dianggarkan 80% meliputi sungai, Subhanallah! Huhu fiza sempat merakam gambar bersama mat sale dari Australia. Kami sempat berbual-bual bersama sama mereka .rupanya mereka baru sahaja melawat kuala lumpur. Dan dia berkata “ Malaysia such a nice country”. Sedikit bangga menjadi rakyat Malaysia, walupun hakikatnya baru lepas isu besar “bersih” haha.



LUNCH HOUR! Kami menikmati hidangan nasi ayam kemboja dan air kelapa fresh! Sakan berborak dan usik mengusik.haha Alhamdulillah. Kembali kami, menaiki bot dan terus menaiki bas tadi menuju ke hotel yang pertama di kemboja.  Tak ingat lah nama hotel tuh. Tapi ciri-cirinya klasik dan kontemporari. Best lah! Sempat meninjau-ninjau di sekitar, terdapat kolam renang dan lobi yang agak menarik. Ada disediakan  perkhidmatan internet. Haha. Apa lagi. Masing2 meng “update” status masing2. Haha. “sekarang baru pukul 1.30, hehe” sempat berbisik kecil. Ada perancangan yang ingin lakukan. kami diberi tempoh selama 2 jam untuk berehat dan kami diarahkan berkumpul pada pukul 3.30 petang. Tepat pukul 3.30 kami sudah berkumpul di lobi hotel dan sempat bergambar lagi tu. Nak tengok gambar?



“ada 3 orang lagi tak cukup” tegur salah seorang pegawai pengiring. Haha jejaka2 rupanya. Terlajak tidur. Sabar je laaaa..haha..kami meneruskan perjalanan untuk pergi ber ‘shopping’! yeah! Kat sini fiza melihat barang2 yang dijual sangatlah murah..shawl berharga 2 dolar! Siape2 yang suka memakainya, bole buat koleksi. Hahaha. Fiza sempat membeli satu je sebagai kenang-kenangan. Meneruskan pencarian barang-barang yang nak dijadikan cenderahati untuk ahli keluarga dan teman-teman.



Singgah di kedai aksesori permata.sangat cantik! Sempat tawar-menawar dengan amoi tu. Dak2 laki pon berminat. Haha. Tup2..dah selesai! So kami berkumpul untuk ke destinasi yang seterusnya iaitu ke Angkor wat( Angkor temple). Melihat pemandangan matahari terbenam. So sebelum tu kami kena g beli tiket dulu. Harga tiket tu 20 dolar! Tankap gambar dulu sebelum dapat tiket coz kat tiket tu wujudnya gambar kita sebagai bukti. Haha ajaib! Tiket ade gambar kita sekali. Haha.

*BERSAMBUNG*
tetiba penat


insyaAllah akan fiza sambung
wassalam
















Monday, July 25, 2011

Terasa indahnya bersama

Julai sudahkah? Terasa macam baru je masuk tahun 2011, kejap je dh bulan julai. Apa yg berlaku dalam diari fiza sepanjang julai? Bulan julai adalah bulan yang fiza banyak belajar iaitu erti pengorbanan, kerjasama, sepakat, tanggungjawab dsbnya. Bulan ni fiza banyak bersama dengan ahli kelab. Yang xkenal menjadi kenal, yang xrapat menjadi rapat, yang serius mnjadi happy.





 First time fiza jadi pengarah program untuk program motivasi. Nak tak nak kena terima, untuk belajar menjadi leader. Tugas ini telah diberi oleh pengarah program misi kemanusiaan untuk menyalurkan dana ke kemboja- Vietnam. Tugas telah diberi pada bulan lepas. Gerak kerja bermula 2 minggu sebelum program. Aduss dh lambat. Pada awalnya program ni nak buat  pada 26hb jun. tetapi ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan program ni, dianjakkan ke 2hb julai. “program motivasi new campus life” ini diadakan di dkp3 
bermula jam 8.00 pagi. 


Overall program, mendapat sambutan dari kalangan pelajar tamhidi serta memberi feedback yg positif. syukur Alhamdulillah. Tetapi fiza lupa sangat-sangat menyediakan borang kaji selidik. Borang tu penting! Macam mana lah boleh lupa? Moga program ini membuka minda  kami untuk menjayakan program motivasi akan datang. Yeah! Belajar! Belajar! Dan terus belajar!


jazakumullahu khairan jaza’ kepada team club. Dan special thanks to senior iaitu a.hamka dan a.firdaus yg banyak tolong menjayakan program motivasi di saat-saat akhir. Tak lupa juga kepada penceramah ustz khaeril yg sangat best dan happening ketika menyampaikan ceramah. Memang kelakar. Mungkin program selepas ni boleh jemput ustaz tu lagi. Hee.


Dan setidak2 lupenyer saya kepada kengkawan ULPM yang lain yang membantu dari segi publisiti, teknikal, protokol, jamuan dan pengangkutan. Korang memang best! Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh! Aiceh fiza..haha poyo disitu. Kalau diingatkan balik sejarah-sejarah ketika buat publisiti..haha..memang haru. Turun padang sesame. Yang senior jadi rapat dengan junior.=) Lawak pon ade. sengih sorang2 bila teringat..gaye2 masing-masing mempromote..kesungguhan mereka-mereka, dan kerisauan mereka, hahaha…the best memory that I ever had!