Alhamdulillah,maaf
sudah lama tidak update-update blog ni. Tunggu ada kesempatan or semangat nak
bercerita, baru nak tulis. Hehe. Rindu
untuk bercerita. Hanya sedikit ibrah untuk dikongsi buat ilham rakan-rakan lain
untuk lebih semangat dan lebih menghargai kehidupan yang Allah beri. Alhamdulillah sekali lagi, sudah 3
bulan lebih fiza praktikal di Brunei ni. Dan alhamdulillah, angan-angan fiza
untuk menjejaki bumi Brunei telah pun tercapai. Dan segala urusan disini,
segalanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Masa
mula-mula fiza sampai di Brunei ni dalam pukul 9.15 pagi dan masa tu agak tak
ramai. Bila tengok je sekitar airport tu, semua tulis jawi. Terpegun kejap.
Rasa macam zaman 1970 an. Hehe. Siyesly tenang je tengok. Huuu. Simple
bentuknya, dalam hati “Oh, macam ni rupanya”. Dan masa fiza sampai tu, hujan.
Maybe hujan rahmat menyambut kedatangan seorang penuntut. Hehe.
Dan masa ni
fiza sorang-sorang je coz kawan lagi sorang tertinggal flight. Rasa macam
independent betul. Sorang-sorang duk tunggu. Menangis juga dalam hati ini. Baru
tahu bagaimana rasa travel sorang. Dalam hati ni hanya Allah je tahu betapa
cuaknya sorang-sorang di negara orang. Mujur ada sorang akak ni asal seremban,
tunggu husband dia yang kerja di airport. So mintak tolong dia kol kan ofis.
Beritahu dah sampai. Sebab baru dapat tahu line U-mobile takde line kat sni.
Memang can’t reach sape-sape. Fiza fikirkan boleh roaming. Syukur Allah bantu
temukan seorang hamba Allah yang baik hati nak tolong. Moga Allah balas jasa
kakak tu dengan memudahkan segala urusan beliau. Sesudah sampai di ofis, masa
tu ramai dah nak pergi lunch. Jam 12.00 Tengahari. Tapi sebelum itu, berkenalan
dulu seorang demi seorang. Dan Abg Fendi (salah seorang peguam disini) yang
sangat peramah kenalkan kepada semua teman ofis. Then ofismate bawak pergi
makan shabu-shabu(steamboat). Kak Noor, Zila, Nurul, dan Mohamad. Orang disini baik baik belaka. Syukur lagi
sekali.
Lepas lunch
tu, jumpa bos, then terus bos bawak pergi court. Masa tu memang nebes betul
sebab first time!! Dan bailiff bacakan peraturan ketika mendengar proceeding.
Oh time tu imagine, if tetibe fiza punya phone ringing during the proceeding.
Tak dapat bayangkan kena penjara or bayar denda $2000 dan pulak pada masa tu
dalam tangan hanya ada $300++ dolar. (just imagine) hehe
Dan
kemudiannya Bos tolong bawakkan and tolong carikan simcard since fiza macam
mati kutu tak boleh nak contact sape-sape. Selama 2 hari tak contact ibu ayah
rasa macam bimbang ibu ayah risau. Beli simcard $45. Fuh bila convert duit
Malaysia mau semput ayam. Ada je yang $30, Cuma tak pergi tempat yang jual
murah camtu. Sebab fiza pergi kat Jalan Sultan, Bandar Seri Begawan. Memang la
mahalnya pun. Sebab terdesak punya pasal kan. Tapi takpe, 4 bulan duduk sini
memang kena beli pon. Fiza beli DST card. Macam lebih kurang kata celcom card
la. Kalau guna DST ni, murah sikit guna
mobile data if kita nak whatsapp ke, fb ke. 1 sen per kb. Contoh kalau on
mobile data selama satu hari, $1 disedut + boleh bukak fb,whatsapp, wechat,
line, instagram and etc. info buat siapa-siapa nak tinggal di Brunei.
Yang
ini salah satu bank di Brunei, iaitu Bank Islam Brunei Darussalam. Bank
tempatan. Mula-mula ingat ni cawangan Bank Islam kat Malaysia, rupa-rupanya
tersilap. Hehe. Logo pun dah lain kan. Kalau kat Malaysia merun putih. Ada je
Local Bank lain, Baiduri Bank Berhad, dan Perbadanan Tabung Amanah Islam
Berhad. Foreign Bank pun ada, Maybank, HSBC, RHB, dan Standard chartered Bank. Tapi fiza memang guna Maybank. Mudah.
Jalan raya
nye bersih. SubhanAllah. Dan kat sini memang takde motor.
Semuanya kereta. Sebab harga kereta dengan harga motor lebih kurang sama. Lebih
baik beli kereta kann. Berbumbung. Hehe. Tapi kat sini memang kereta
besar-besar. Murah kata mereka. Hoho. Kat sini namanya Jalan Sultan Omar Ali
Saifudien. Dan mana-mana bangunan aka nada tulisan jawi. Semua kedai ditulis
jawi. Yang inggeris pun di jawikan. Contohnya kat bangunan tu. Lebih kurang tulisan
jawi ni tulisan kebangsaan mereka.
Ni
pemandangan sekitar Kampong Air. Fiza belum sempat nak naik bot keliling
Kampong ni. Mungkin sebab fikir lama lagi kat sini. Hehe. Tapi pemandangan sini
memang cantik. SubhanAllah. Kalau pergi Brunei, memang tak sah kalau tak pergi
sini. Sangat cantik kalau ronda sekitar.
Yang ni
nasi Katok Mama. Boleh kata nasi katok yang popular kat Bandar ni. Dan kedai
ini terletak di depan ofis. So kami kadang beli je nasi katok ni untuk lunch. 1
nasi katok ni harganya $1. Murah kan. Dalamnye ada ayam goreng dan sambal.
Memang sedap bagi yang penggemar ayam goreng. Hehe.
Dan masa
mula-mula fiza sampai Brunei ni, fiza dan afi tidur di rumah client bos kami. Orang
Brunei memang kaya-kaya dan baik hati. Kebetulan ada kes beliau pada hari tu,
dan beliau ajak kami bermalam di rumah mereka pada hujung minggu dan beliau
membawa kami bersiar-siar dan kami berkesempatan menghadiri majlis Hari Kebangsaan Brunei ke 30
yang diadakan di Stadium Sultan Hasanal Bolkiah. 23 Februari 2014.
Dan berikutnya, pada malam
27 Februari, fiza dan afi dibawa ke Majlis berbedak & Berinai. Kat sini,
bila majlis berbedak & berinai pengantin akan memakai baju kebangsaan
mereka. Kat sini panggil berinai tu berbedak. Hehe.
Dan pada 28
februari, kami pergi majlis resepsi yang telah diadakan di Dewan Hotel Rizqun
yang terletak di Gadong.
Yang
uniknya kedudukan mereka. Perempuan dan lelaki diasingkan even suami isteri.
Dan mereka duduk lebih kurang dalam bulatan yang disegikan. So jadi macam group
kecil. Yang ini adat mereka dalam majlis perkahwinan. Baguskan?
Pada 9 Mac,
Alhamdulillah,fiza dan afi sempat pergi ke Pesta Buku Brunei ke 15 di ICC,
Berakas. Disana terdapat jualan buku, pameran buku-buku dari Jabatan Mufti, dan
juga terdapat pameran Seni Khat. Tiba-tiba rindu untuk menulis khat. Fiza
berpeluang membeli 3 buah buku iaitu, The Kite Runner, Happy Ending Full
Barakah, dan Formula Solat Sempurna. Tak beli banyak pun, sebab kat Malaysia lagi murah *(nada berbisik).
Moment yang tak boleh lupa, pada 21
Mac, kami mendapat jemputan untuk menghadiri Majlis Pengislaman pembantu rumah
salah seorang rakan ofis kami. Dan buat pertama kali fiza meraikan saudara baru
untuk masuk Islam secara live. Semasa beliau mungucap dua kalimah syahadah, ya
Allah, fiza tak tahu nak kata apa, menitis air mata, terharu sangat hidayah
Allah telah sampai kepadanya. Dan beliau turun menitiskan air mata. Dan usai
beliau menyempurnakan Syahadahnya, semua orang melaungkan takbir. Allahu Akbar.
Allah maha besar. Allah akan memberi hidayah kepada siapa-siapa yang Allah
suka. Allahu. Agungnya HidayahMu. Di Brunei, muallaf diberi keistimewaan yang
tinggi. Sultan akan memperuntukkan haji percuma untuk muallaf dan ditambah
dengan keistimewaan yang lain. Fiza akan ingat moment ini sampai bila-bila.
Dan pengalaman ini adalah rezeki dari Allah. Alhamdulillah. Hanya berdoa yang
terbaik.
InsyaAllah
fiza akan sambung menulis blog pada masa akan datang. Fiza tidak berkesempatan
lagi untuk menjelajah dan menikmati tempat-tempat lain yang ada di Brunei ini.
InsyaAllah fiza akan update untuk tatapan kalian.
Sebelum
itu, mari kita renung-renungkan dan amalkan ayat 19, surah An Naml yang
bermaksud:
“Wahai Rabbku, berilah aku ilham untuk tetap
mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua
orang tuaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masuklah
aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.
Amin. Moga tintaku dalam blog ini dapat memberi
sedikit ibrah untuk kalian sepanjang jaulah ku di bumi Brunei ini. Sekian Wassalam. :)