Sunday, February 10, 2013

Coretan Perjalanan Kehidupan

Syukur. Kalimah yang perlu diungkapkan ketika memulakan kalam. Maaf atas kehilangan seketika untuk menulis. Sudah lama tidak menjenguk, apatah lagi menulis blog. Bermula bulan Ogos, Hafizah tidak mengupdate cerita-cerita yang Hafizah lalui sepanjang ini. Banyak perkara yang ingin dikongsikan, tapi tangan tidak tergerak untuk menaip. Hafizah memulakan menulis apabila seorang sahabat menyuruh untuk mengupdate. "Lama fiza tak update blog, tulis la, yg penting tulis dari hati". Kata-kata itu memberiku inspirasi untuk menulis. :-)
Assalamualaikum w.b.t,
          Semester 5 bermula pada tanggal 11 September. 12 September adalah hari ulang tahun ku yang ke 21. Ops!  Tarikh yang agak cantik. 12.09.12. Ku fikir ingin meletakkan tarikh tunang or nikah. Tapi sayang, tiada calonnya. hehe Tahun 2012 adalah tahun yang banyak ku diberikan hadiah buku :-) Terima Kasih pada yang menberi. Sangat-sangat bermanfaat buat Hafizah. Juga, mug yang bertuliskan kata-kata mengenai SAHABAT. Hafizah menggunakan nya untuk minum-minum sambil study. Semua itu bermanfaat buat ku! :-) Plus, pengalaman kena prank tepung dengan rakan-rakan memang sesekali tidak dilupakan.

Kena tepung dulu, baru boleh makan kek!

          Bermula lah, perjalanan semester 5 di alam kampus Universiti Sains Islam Malaysia. Pahit, getir, manis yang ku alami itu membuatkan pena mencoretkan diari kehidupan ku sebagai khalifah di bumi Allah yang memerlukan bimbinganNya. Taklifan sebagai ahli Urusetia Latihan Pembangunan Mahasiswa(ULPM) sedikit pun tidak memberi sedikit kelelahan terhadap diri ini. Usai pembelajaran kelas, ku gagahi untuk pergi ke HEP untuk melakukan kerja bersama-sama family ULPM. Keriangan, kegembiraan, keceriaan, bersama-sama mereka untuk melakukan gerak kerja Misi Kembara Insani ke Indonesia. Berbagai-bagai pengalaman yang ku dapat sepanjang gerak kerja dan program itu berlansung. Pengalaman berniaga mencari duit untuk memenuhi tabung penajaan, pengalaman bersama-sama rakan sekelab untuk mengadakan program, dan sebagainya. Itu adalah pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Ia sangatlah berharga!

Muka-muka Family ULPM yang tenang mengendalikan program. Aiceh!

          24-28 Oktober 2012. Maka, bermulalah Misi Kembara Insani seramai 25 orang dibumi Indonesia. Antara pengisian program yang dijalankan adalah, mengunjungi Institut Teknologi Bandung, Bakti Masyarakat di Pesantren Al-Ashar Al-Madani dengan mengagihkan daging korban di sekitar penduduk kampung dan interaksi dua hala bersama pelajar dan kakitangan Universiti Islam Bandung. Selain itu juga, kami sempat melawat tempat-tempat menarik di sekitar Bandung, antaranya, Kawah Putih, Cihampelas, Ciwedey, Pasar Baru dan banyak lagi. Alhamdulillah membuka mata kami melihat panorama bandung yang agak berbeza dari pandangan mata kami. Syukur ditempatkan di bumi Malaysia.  Alhamdulillah a'la kulli hal.

Di Kawah Putih, Indonesia
Dan ketika menjayakan misi inilah, saya mengenali perwatakan sahabat yang saya sayangi sekarang ini, iaitu Mutia dan Adnin. Yang banyak memberiku inspirasi setelah ibubapa ku. :-) Mengenalinya adalah anugerah buat diriku. Dan tidak lupa kepada ahli-ahli ULPM yang lain. 
Yang menceriakan dan saling melengkapkan :-) Tahniah kepada pengarah Program Misi Kembara Insani! :-)

 Hari hari yang dilalui di kuliah bersama rakan-rakan lain juga mewarnai diari Hafizah. Yang membuatkan diri ini tabah, sabar melayani kerenah, serta berkongsi cerita. Sepanjang semester ini, banyak aktiviti yang ku habiskan bersama family ULPM. Program yang agak padat. Menjadi urusetia majlis watikah perlantikan MPP, Program Talk, Majlis Ramah Mesra, Ihtifal Asean, Hari Bubur Asyura, Recruit Ahli, Baktisiwa Kuala Terengganu, Smart Lead dan lain lain lagi. Dan ketika itu juga kami menghadapii dugaan yang kuat dalam berpersatuan iaitu apabila sesetengah pihak yang mendakwa, ikhitilat tidak dijaga. Ketidakfahaman situasi adalah menjadi racun kepada sesetengah yang berfikiran begini. Yang penting, apabila niat yang suci berkerjasama untuk menjayakan program, dan tidak melampaui batas, ia adalah HARUS. Moga saling ingat mengingati antara satu sama lain.

Tanpa mengira hari-hari, pejam celik, final exam dah pun mendekati. OhMyEnglish~ 7 subjek untuk semester 5. huhu. Study Group bersama budak rumah + study alone. Allahu Musta'an. Sekarang menunggu keputusannya. Moga yang terbaik. Amin.
Sebelum itu, sempat menghabiskan sisa semester 5 bersama Adnin, Ana, Mutia, Rai dan Family Adnin pergi ke Program Demi Palestin yang berlangsung di perkarangan stesen TV Alhijrah. Sweet moment apabila kami  bersama-sama menyertai Pertandingan Khat Demi Palestin Tv Al-Hijrah. Memori terindah!

Syukur+ seronoknya dapat barangan Tv Al-Hijrah!
Tamatnya peperiksaan semester 5, maka berakhirlah penceritaan 2012. Program Bersatu Beramal Membina Perpaduan Kuala Terengganu pada 21-25 Januari 2013. Bermulalah gerak kerja, memikirkan pengisian sepanjang program tersebut. Alhamdulillah, objektif tercapai, hubungan antara pelajar dan penduduk kampung bertambah erat! Hafizah dapat mak angkat kat sana. sorang mok, sorang lagi ma ;-) dan adik-adik yang menghiburkan. wah! Seronok sangat! Tahniah Kepada yang menjayakan :-) Kemudian, Intifal Asean 2013 yang berlangsung pada 31-04 Februari 2013. Hafizah tidak melibatkan diri menjadi urusetia. Hanya menjadi pemerhati. "Bystander" hehe. Melihat junior-junior mengendalikan majlis. Moga menjadi titik penambahbaikan untuk mereka untuk menjadi yang terhebat :-)

           Kemudian Program Smart Lead ULPM 2013 di Port Dickson, Melaka. Usai Ihtifal Asean tamat, kami selaku yang senior mengadakan perjumpaan untuk memikirkan pengisian sepanjang program. Mujur super senior membantu. Syukur yang tidak terhingga program itu memberi 1001 makna bagi kami. Moga kita saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain ye.Sayang korang semua sebagai keluarga ULPM. :-)


"Syukur sungguh di hati ini, dikurniakan teman sejati, mengajarku mengenal erti cinta hakiki yang abadi. Tiada yang menjadi impian, selain rahmat kasihMu tuhan."
Moga pertemuan yang terjalin ini dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah. Tidak lupa yang mengenali diri ini, ingatanku terhadapmu seringkali ku titip dalam doa. Moga menjadi penguat hubungan kita. Amin Ya Rabb.

Barisan urusetia Program Smart Lead 2013