Monday, May 28, 2012

Diam Kerana Cinta?

"Kenapa semenjak ni kau diam?" tanya rakan karibku. 
"Entahlah Azie, semenjak dua menjak ni, aku tak tahu kenapa aku diam . Aku lebih suka diam daripada bercakap." keluh Mayra.
 "Ala, Mayra, kau tak boleh camtu, kalau kau diam, kau bukan Mayra yang aku kenal...bila aku moody, aku dengar kau bebel jer, aku terus dah x moody dah, sebab kau kelakar. bebel kau kelakar. jangan la macam ni, cuba cerita apa yang sebenarnya dalam hati kau sekarang?"



Mayra merenung jauh, berbelah bagi samada ingin menceritakan ataupun tidak. 
"Em ok, aku anggap kau kawan baik dan paling kamcing dengan aku, dan kau jangan bagitahu dekat sesapeh ye." sambil kedua belah tangan memegang pipi Azie.



"ok" balas Azie.
 "Kau tahu kan selama ni aku bertekad, aku tak kan mudah jatuh cinta kan. dan aku jenis yang suka berkawan." cerita Mayra sambil tangan menutup buku Administrative Law. 
"Tapi aku ase, aku dah gagal dengan prinsip tu, aku rasa aku dah jatuh cinta pada seseorang, dan pada masa yang sama aku ase serba salah, serba salah pada Allah, Mama dan Papa aku. Aku dah ceritakan pada Mama aku, dan Mama aku dah ceritakan pada Papa. dan Mama cakap, Papa diam je. Aku ase serba salah Azie. Aku sayang dia, tapi dalam masa yang sama, aku sayang sangat parents aku. aku tak nak hampakan diorang." 






" Mayra,cinta nih fitrah. kau tak boleh menafikan dan kau tak boleh mengiyakan juga. Bersederhana. Kau tak boleh down disebabkan cinta. Kau kena cari jalan penyelesaian macam mana nak kuat hadapi keadaan nih. Takkan mende yang remeh ni, kau libatkan orang sekeliling kau. Orang yang rapat dengan kau tak selesa bila kau camni, " pujuk Azie sambil memegang tangan Mayra
Azie, kenapa aku rasa aku sayangkan dia? Makin aku cuba nak lupakan, makin kuat ingatan aku kat die. Mungkin Allah nak duga aku. Aku tak kuat. Hati Azie, Hati. Em, dan aku perlukan sokongan. Dan respons yang positif dari dia." 



"Macam ni lah Mayra, kau kena fikir dalam-dalam, adakah dia ingat kat kau, bila kau ingat kat die sangat sampai buat kau sedih? Adakah dia endahkan kau, adakah dia cintakan kau? Kau kena fikir, kalau kau ingat die, die boleh buat ape? Aku cadangkan, kau banyakkan aktiviti-aktiviti luar dengan member2 lain, tapi bukan bererti bebas bersosial. Tidak. Kau libatkan diri dengan aktiviti ilmiah. Jangan selalu menyendiri. Ingat, Syaitan suka orang yang menyendiri. 





Dan yang paling utama, selalu dekatkan diri pada Allah. Allah sedang merancang untuk kau. Kalau betul lah dia jodoh kau, Allah nak menambah manisan cinta selepas kahwin. Kalau dia bukan jodoh kau, Allah mengatur yang lebih baik buat kau." nasihat ambil Azie menepuk-nepuk bahu Mayra.




Kau kan kuat. Mayra, Allah bagi ujian untuk kau sikit je, tapi kau dah mengeluh mcam ni, seolah-olah kau berputus asa. Lagi dahsyat dugaan diluar sana, Mayra. Kau dikira beruntung, kau menyedari akan maksiat hati. Itu tandanya iman masih ada dalam diri kau. So sekarang ni, kau mesti happy, kena kuat. dan secara automatik orang sekeliling akan mengenbirakan kau. Indahnya Ujian Allah jika kau benar-benar sedar, akan kesenangan akan datang selepas kesusahan. Itu janji Allah pada hambanya. sepertimana janji Allah pada Rasulullah dan para sahabat yang pabila ditimpa berbagai ujian. Istighfar bila kau teringat kat die. Dan doakan yang terbaik untuknya dan juga berdoa dia tu jodoh kau ;-) 



"Mayra, beruntung mama dan papa kau dapat anak yang baik macam kau Mayra. Chill. xmo sedih-sedih ye."
Weh, cepat lah! kata nak pergi makan aiskrim sesama. Farah dah siap-siap dah tu," celah Nani.
Hish, Nani nih, terkejut kitorang taw. ha, ok..ok, kami siap.


Mayra,relax. Banyak perkara yang kau boleh wat untuk lupakan perasaan itu.
Ha!sebelum aku terlupa, nanti aku nak tengok nota yang kau buat tu. macam biasa. aku suka kau susun nota. smart. aku boleh faham. :)


Thanks Azie, InsyaAllah aku akan kuat. Kau lah sahabat aku yang aku tak kan lupa sampai bila-bila.ha, nota tu, ade kat atas meja. aku baru pas siapkan 2 subjek. aku tunggu nota dari kau pulak. hehe
Ala Mayra, kau bukan tak tahu, aku tak reti tulis nota macam kau. bila aku tengok nota kau je, aku boleh paham generally. hehe. 
ye..ye..aku gurau je la Azie, ha, cepat siap-siap..kang berbunyi pulak mak cik Farah, ng datin Nani tu kang bila lambat. 


Hehe ok, Jom! sempat Mayra senyum yang penuh makna sambil mempamerkan lesung pipitnya kearah Azie.  

Sunday, May 27, 2012

Cerita Itu Cerita Ini

Salam Blogger,
Terasa Lama tak update blog. Tetiba terfikir untuk mengisi ruang untuk bulan ni, Seriously memang agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti terutama aktiviti kelab, UA, khat, assignment, dan macam-macam lagi lah. Hafizah briefing sikit eh berdasarkan gambar. Suka menyibukkan diri agar tidak terfikir tentang perasaan yang semakin lama semakin sukar untuk melupakan. complicated kan ayat. haha. Sebelum Hafizah meneruskan cerita, hafizah nak cakap jugak yang EXAM SEMAKIN HAMPIR! Banyak lagi yang tak cover lagi. 8 Subjek. Hua. Tape2. cool sentiasa. chill. hehe.
Menerima Watikah Perlantikan sebagai University Ambassador
Seolah-olah tidak percaya bila bertentang mata dengan pemimpin negara. Kui3. (nak poyo jugak) macam-macam nak tanye, tapi, tak berkesempatan. hua3. Ramai sangat. yang ni lagi satu gambar bersama Dato' Najib.

Cuba Cari PM Malaysia diantara 80 UA ni :)

Sumer dok excited. hafizah jer yang bese jer. ( Ye ke) hehe muka pun pandang kelain. huahua. aktiviti UA. mendapat amanah  untuk menjalankan projek kerajaan, agak rumit kerana bukan bidang. Tapi tak mengapa, ini adalah satu peluang untuk Hafizah belajar. Memberi dan menerima. Banyak perkara boleh belajar dan memahirkan diri. Dan tidak ketinggalan juga, aktiviti bersama Kelab ULPM.

Training of Trainer ULPM di Melaka

Kursus Protokol 

Lawatan ULPM USIM dengan Ke UiTM
Dan banyak lagi aktiviti yang nak dikongsikan. Lawatan UA ke Gopeng selama 4 kali, kemudian disertai dengan bengkel pemantapan dan pembentangan UA, Projek SPARK dalam coursework, Bengkel Multimedia. Kursus Komunikasi dan Interaksi Mahasiswa, dll :) Moga semua nya dapat ku manfaat kan bersama teman-teman yang lain. Dan kenangan yang terindah adalah pergi ke Cameron Highland bersama member team UA. Seronok Sangat. 


Sempat melawat MARDI, Cameron Highland
Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Seronok. Terima Kasih pada yang sudi membawa kami, dan melayan kerenah kami yang bermacam-macam. :)
Kemudian, Lawatan ke Singapore! Hafizah pun sendiri tak sangka dapat menjejak kaki di Singapore. (walaupun dekat dengan Johor) hehe Sempat melawat Sentosa Island, menonton Song of the Sea, Melawat Masjid di Singapore, dll. Juga  Maninjau Kilang Coklat dan satu-satunya kedai coklat yang halal. :)

Universal Studio
Berjalan, Melihat, Mentafsir. Seringkali mendengar ayat itu. Translation from the Holy Quran. Thanks to Allah. :)
Final Exam just around the corner. So Hafizah kena strive better from last sem. Iwish I could. Hope Allah give me strength. Rabbi Yassir Wala Tu'assir :) Allahu Akbar :)