Waktu ni rasa macam semangat!AZAM BARU SEMANGAT BARU! mencuba untuk merubah diri menjadi lebih hebat walaupun hakikatnya kurang hebat. langkah-langkah atau steps to improve myself are?????
Pertama, mengenal serta mencari kekurangan diri sedalam-dalamnya. Kedua, fikirkan cara untuk menutup atau ,memperbaiki kekurangan diri. Ketiga, memerlukan keyakinan diri yang mantap!haha...macam motivator la plak..tak pe..berangan sekejap..dan yang Kelima, lakukan secara berperingakat-peringkat.!hmm..insyaAllah berjaya..eh2 cop!apa sebenarnya yang diri ini nak capai?apa azamku..?huhu..biarlah rahsia...
tapi satu je yang boleh dipaparkan supaya menjadi doa..ha!em azamku supaya apa yang diri ini dapat band 4 or 5 dalam MUET. eh, kenapa MUET?takde mende lain ke... Sebelum tu fiza nak cerita apa yang berlaku sepanjang bulan Januari 2011 ni. Rasa semangat nak naik semester 2 ni. nak jumpa kawan-kawan yang banyak menceriakan fiza..
terhibur bersama teman-teman, lawak-lawak jenaka diorang.ha!nak bercerita...tup2 fiza dapat tau khabar dari pihak admin yang sangat-sangat mengecewakan. 3 hari berturut-turut menangis. puas memujuk diri ini supaya bersabar dengan ujian-NYA. tambahan lagi kesedihan dengan kata-kata dari salah seorang rakan sekelas "sedarlah sikit, kau tu tak layak nak dok SMSU"..rase kecewa dengan kata-kata yang dilontarkan akan tetapi..tabah dengan kata-kata semangat dari keluarga terutamanya ibu ku yang banyak memberi dorongan dan galakan yang membina semangat.TERIMA KASIH IBU, AYAH! akan ku kenang jasamu dan ingin membuktikan pada dunia bahawa anakmu ini layak tergolong dalam orang-orang berjaya.ops!touching plak..tetibe teringat senda gurau sahabat-sahabat "biasalah, fizakan pelajar pintar" haha..tiru dialog skrip dalam cerita SYURGA CINTA yang dilakonkan oleh adeq haziq.haha..comel2..semoga ukhuwah kita berkekalan...akhir kata..insyaAllah dengan semangat yang menggunung serta azam yang berbukit..cewah!ingin ku capai walau apa cara sekalipon...dengan keredhaan ALLAH.
Saturday, January 29, 2011
HANYA TUHAN YANG TAHU
Mengenang kembali saat-saat yang telah ku lalui sepanjang hidup ini, seringkali terlepas pandang akan perkara-perkara atau peluang yang ada dihadapan mata. Kenapa baru sekarang? Kini diri seolah-olah merasakan rendah sangat di mata orang ramai yang sering melakukan kesalahan juga banyak kelemahan dalam diri ini.
Walaupun dihadapan rakan-rakan lain kelihatan gembira dengan lawak jenaka yang dibuat tetapi secara hakikatnya HANYA TUHAN YANG TAHU. Bagaimana nak memahami hati ini dan menggembirakannya?mungkin diri terlalu memikirkan amanah dan tanggungjawab sebagai anak juga pelajar dan hamba ALLAH. Pimpinlah daku YA ALLAH menuju maghfirah-Mu jua cinta-Mu dan berikanlah daku hidayah agar dikuatkan iman yang lemah. Menuju bahagia yang kekal abadi.
Walaupun dihadapan rakan-rakan lain kelihatan gembira dengan lawak jenaka yang dibuat tetapi secara hakikatnya HANYA TUHAN YANG TAHU. Bagaimana nak memahami hati ini dan menggembirakannya?mungkin diri terlalu memikirkan amanah dan tanggungjawab sebagai anak juga pelajar dan hamba ALLAH. Pimpinlah daku YA ALLAH menuju maghfirah-Mu jua cinta-Mu dan berikanlah daku hidayah agar dikuatkan iman yang lemah. Menuju bahagia yang kekal abadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)