Saturday, August 27, 2011

# aidilfitri versi saya keluarga sayang saya #


Dimulakan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.


Terbalikkan tajuk tu. “saya sayang keluarga saya versi aidilfitri”. Hehe. Jangan ingat fiza tersilap tulis atau fiza tak pandai bahasa Malaysia. Hehe. Okeh,Nak diceritakan agak lama kot tak update blog. Anggaran sminggu lebih. Sibuk dengan penyediaan menyambut hari raya aidilfitri yang tak lama je lagi. Huhu. Sibuk sgt keh? Haha. Xdela sibuk mana pun. Saja menghabiskan masa dengan keluarga tersayang. Rasa cam dah lama tak bersama dengan keluarga. Cuti kali ni sebulan lebih. Extra gift lagi, dapat puasa (sahur + berbuka) bersama mereka.  SERONOK SANGAT . 

ala, tak cukup lagi sorang, menyorok kat belakang kot. hee(gambaran semata)







Adik yang dah pandai berlawak jenaka dengan kakaknya, ibu yang sangat sporting dengan anaknya, dan ayah yang dalam diam mencintai anaknya. Bila gabungkan kesemua nya maka happeninglah keluarga fiza. Tak lama lagi dah bak menyambut hari raya bagi tahun 1432 hijrah. Mengharapkan tahun ni lebih bermakna. Nak check list perkara yang fiza kena buat dalam beberapa hari ni. PERTAMA: membeli dan menghantar kad raya kepada kengkawan. KEDUA: membeli belah bersama ibu untuk persiapan kuih raya.  KETIGA: membeli belah barangan raya bersama keluarga. KEEMPAT: mengemas rumah sebelum raya.


bergotong royong bersama  yaah!






Wah, sibuk sangat Nampak? Haha. Membahagi tugas dengan adik-adik. Selaku yang sulung, menggunakan kuasa veto dalam membahagikan tugasan. Haha. “ ha, hanif buat yang tu…haziq buat yang ni. Jangan nak mengelat. Bagi kakak rehat” haha.  Jokes jer..



eh, dah nak raya lah, rasa cam baru berapa hari je puasa. jap je dah nak raya. terasa sayu pulak.
Jauh disudut hati, sedih meninggalkan madrasah ramadhan tahun 1432. Berdoa agar segala amalan diterima dan dimakbulkan oleh ALLAH A’ZZAWAJALLA. Dan mengharapkan agar bertemu ramadhan yang akan datang. Di kesempatan ni mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.


Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

Sunday, August 14, 2011

=.= Musuh atau jodoh ^.^

Situasi 1 : Terjaga dari lamunan, memikirkan salah seorang rakan yang sedang “frust”. Fiza turut bersimpati terhadap beliau. Menanti pujaan hati untuk dijadikan suri pada masa yang sesuai. Memendam rasa selama bertahun. Saling berjanji untuk setia bersama hingga tamat pengajian.  Tup2 dapat tau, perempuan tu sudah menjadi tunangan orang. Fiza tak tahu nak bayangkan perasaannya. Fiza hanya mampu bersimpati terhadap beliau, memberikan kata semangat dan berdoa agar beliau digantikan dengan jodoh yang baik dan solehah..amin…JODOHKAH?
Situasi 2 : Terfikir tentang sahabat juga , yang telah bertahun lama menyukai dan memendam rasa pada si dia(sejak sekolah menengah hingga sekarang), meluahkan rasa hati kepadanya dan akhirnya si dia telah mempunyai dan menunggu orang lain sebagai teman hidup. Oh, sungguh kecewa. Fiza memberitahunya agar dia mencari yang lain tapi dia tetap dengan pilihan hatinya dan dia berkata yang dia sering berdoa dari jauh agar dipertemukan jodoh dengan pilihan hatinya. Fiza turut mengaminkannya, semoga sahabat-sahabatku bahagia dengan pilihan hati masing-masing. JODOHKAH?
Situasi 3 : teringat salah seorang teman, yang pernah melalui alam “Couple Islamic”, berjanji setia selamanya. Sering menjaga kebajikannya. Dan menghalangnya dari berkenalan dengan mana-mana lelaki, even rakan sekelas. Sering nasihat menasihati antara satu sama lain. Dan tiba-tiba putus ditengah jalan, kerana berpendapat tidak sehaluan bergaduh dan bla~bla~bla~ putus. Berdoa agar TIDAK dijodohkan bersama. menyesal kerana berkenalan dengannya.MUSUHKAH?



“Suka tidak semestinya memiliki, benci tidak semestinya menghindari”
Kata-kata itu tak dapat fiza lupakan. Semoga kata-kata ini dapat memberi kesan terhadap sesiapa yang menghayatinya. ^.^
MUSUHKAH ATAU JODOHKAH? adakah musuh boleh berlaku tatkala jodoh itu telah ditetapkan? Seringkali terfikir, bagaimana perasaan benci boleh bertukar sayang. Adakah zarah2 “benci” telah bertindak balas dengan atom “geram” maka terbentuknya molekul “suka”? haha. Mengambil teori sains sebagai bahan ujikaji. Huahua. Kalau teori matematik, takut tak kena pulak.hehe.
Pernah berbincang dengan sahabat-sahabat, perkara seperti ini, “pokok pangkal diri, kalau pandai jaga diri,jaga iman, insyaAllah, perkara mcm ni tidak terjadi. Tidak salah untuk menyukai seseorang, fitrah, tapi jangan lah berlebihan kerana Allah tidak suka orang yang melampaui batas.”. Jika perkara ini terjadi, tentulah itu  dugaan dari illahi yang ingin menguji cinta hambaNya terhadap pemilik cinta. Serahkanlah cinta kepada pemilikNya, agar DIA meletakkan cinta kita kepada orang yang berhak untuk menjaganya.=)
Berdoa  bersama agar dikurniakan pasangan yang beriman yang dapat membimbing kita ke jalanNya.
Sekadar ingin berkongsi. PEACE!!





Saturday, August 13, 2011

pabila kanak-kanak puasa

alhamdulillah, hari ini sudah msuk ramdhan ke 14, malam ni bulan mengambang..
sekadar ingin berkongsi ramadhan masa zaman kanak-kanak. terasa ingin mengimbau kembali masa kecik2 puasa.

teringat..disuatu petang, "weh esok dah puasa la, tak dpt la kite nak main lgi petang2 cegini, mak kite ckp kalau tak puasa tak dapat duit raya..kalau kite main jugak, msti penat..huu" sambil tangan sibuk menangkap belalang. haha lucu bila ingat. pada keesokan harinya(puasa), masih meneruskan aktiviti pada waktu petang, terasa haus sgt..buat-buatlah basuh muka dan kumur2..haha..gulp, alamak tertelan..ops!

tak sabar-sabar nak buka puasa, bila ayah pergi bazar pon nak ikut sama, "ayah,nak yang tu.." "ibu, nak yg ni" pastu ibu ckp.."ish budak ni..sumer nk dibelinya, baru sehari puasa" huahua...

saat dimeja makan..setengah jam dh ade kt meja makan sambil memegang pinggan...tangan menguis2 nasi..mata melihat jarum jam bergerak..."aduh, lamanya..hausnya..huk3..


ketika mendengar azanberkumandang, tangan menerpa air sejuk dicawan..huh, YA ALLAH,sedapnya..leganya...berkata pada ibu.."ibu, esok nak cuti puasa boleh tak..ala,sehari jer.."ibu pon membalas.."oh, duit raya pun cuti sehari la.." toink3!

bila dh besar,,teringat msa dulu puasa, "puasa sebab nak duti raya"
ALHAMDULILLAH, sekarang puasa adalah  keranaNya dan ingin mendapat rahmat,keampunan dan keredhaanNya semata-mata...
"ASTAGHFIRULLAH A'LA KULLI ZANBI"

Tuesday, August 2, 2011

rasa macam nak dengar




Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Sunday, July 31, 2011

ramadhan oh ramadhan

salam ramadhan buat semua, betapa terujanya menunggu ramadhan tiba. "the transition month". bulan yang Allah memberi peluang kepada hambaNya untuk beribadah dan mendapat taqwa. bulan memperbaiki diri untuk kearah lebih baik. bulan dimana, orang yang berhajat ingin menjadi soleh/solehah. BULAN RAMADHAN. RAMADHAN KAREEM. menunggu pengumuman kelihatannya anak bulan ramAdhan dihadapan tv dengan penuh perasaan didalam hati.


pengumuman bulan ramadhan. tengok!

"tarikh puase adalah pada tarikh 1 ogos 2011 bersamaan  1 ramadhan 1432 hjrah"

setelah disahkan bahawa anak bulan ramadhan telah kelihatan, diri ini mengucapkan syukur ALHAMDULILLAH. kerana dapat meraikan ramadhan kali ini. terbit dilubuk hati, wajah-wajah saudara, atok2, nenek, rakan seperjuangan yang telah berada di atas sana. semoga rohnya dicucuri rahmat dan kasih sayang oleh Allah s.w.t serta tergolong dari kalangan orang yang bertaqwa.
yeay! boleh terawih. mari bertarawih bersama! mula membuat jadual spenjang ramadhan. what do's n dont's? 
harap  semua dapat grab peluang beribadah di bulan ramadhan.. "iimaanaan wahtisaban"..


selamat berpuasa di bulan ramadhan, agar puasa kita berbuah taqwa
sekian, wassalam




Friday, July 29, 2011

gegar vietnam!

perjalanan dari kemboja ke vietnam mengambil masa kira-kira 5 jam. naik bot plak tu. broom3!
sempat berposing atas bot! yeah!

setibanya kami di sempadan vietnam,kene pergi pusat imigresen vietnam untuk sahkan passport.
unik tempatnya. 


dah samapi di kampung chao doc, kami disambut dengan meriah oleh penduduk kampung. mereka berpakaian lawa-lawa belaka. ala-ala pengantin. waa terharu rasanya. kemudian kami menikmati makan tengahari bersama penduduk kg serta mengagihkan beras kepada penduduk kampung. selesai mengagihkan, kami berkesempatan berbasikal beramai-ramai. yang ni paling bes!


nak jugak fiza merakamkan aksi fiza berbasikal. haha


setelah penat berbasikal, kami sempat merakam detik-detik bersama orang-orang kampung. tiba masanya check in hotel!hotel terapong! nama hotel tu mekong hotel.
pada waktu malam pula, kami menikmati makan malam di atas bot. smbil mengelilingi sekitar sungai mekong.
selepas itu sempat kami berlatih persembahan untuk dipersembahkan kepada penduduk kampung pada malam esok.

pada keesokan harinya, kami bersarapan roti perancis dicicah bersam kari daging. pekena kopi susu ais! setelah itu kami beramai-ramai pergi ke rumah keluarga angkat masing-masing. sesi beramah mesra dengan keluarga angkat. pada pukul 9, kami bergerak ke padang untuk aktiviti yang seterusnya. SUKANEKA bagi yang perempuan. PERTANDINGAN BOLA BALING antara urusetia lelaki dan penduduk kg. haha. ""sekarang ni harapan negara terletak pada tangan kita"
haha.fiza xley lupa quote tu..haha

pada pukul 2.00 petang kami bergerak ke masjid al nia'mah dan melakukan aktiviti 3M.


aktiviti berakhir dengan penyampaian hadiah. aktiviti tamat pada pukul 4.30. rehat di rumah keluarga angkat masing-masing. malam pulak persembahan! hmm hujan. kami wt persembahan dalam keadaan berhujan.


walaupun agak simple, tapi nice! kami terhibur! penonton pon turut terhibur! hehe..balik ke hotel dengan kenangan yang indah "persembahan dalam hujan" haha.

hari keenam di vietnam. check out dr hotel mekong pada pukul 7 pagi. meneruskan perjalanan ke
 bandar Ho Chi Minh 6 jam. 270 kilometer. kalau kat malaysia, 270 kilometer= 3jam perjalanan. hehe. yang menarik nya fiza nak kongsi adalah, di kemboja dan vietnam, had laju pemandu adalah 40 kilometer sejam. kalau lebih, kena masuk saman or masuk lockup! pelik dan ajaib. hehe. 6 jam perjalanan. fiza sempat menulis diari dalam bas. pastu kacau orang. hehe. setibanya di bandar Ho Chi Minh, makan tengahari  di saigon sri penang. restoran orang melayu. wahh! kagum2..menyambung perjalanan ke muzium vietnam, boleh tersermpak ng law lecturer fiza, miss fadhlina. tak disangka-sangka. betapa kecil dunia. hehe.pada waktu malam, kami berkesempatan berjalan-jalan. misi mencari durian! k.ji kepingin bangat durian. dan die belanje kami! hehe thanks k.ji =)

hari ketujuh adalah hari terakhir di bandar ho chi minh. check out dr hotel Huy Chuong Hotel kol 7. hotel kali ni sangat menarik! bath tub die cam peti sejuk! haha..siap ade radio lagi tu. plus lampu warna2 lagi. haha jadi jakun jap. fiza, mira, dan k.najwa turun awal. cadangnya nak berjalan-jalan. sempat beli kerepek nangka. mulenye pelik tengok "ade ke kerepek nangka?" huhu then fiza rase, sedap lah!hehe beli untuk family. bersarapan di saigon sri penang dan meneruskan perjalanan ke Chu Ci Tunnel. rakaman video dan bergambar. lawak la diorang ni. gembira bersama mereka. haha

Chu Ci Tunnel adalah tempat dimana orang-orang vietnam tinggal ketika perang dengan amerika. mendengar taklimat dan video bagaimana Chu Ci Tunnel berfungsi.nak tangok gambar?


sempit nak masuk tu. orang2 kurus saja yg boleh masuk. tp orang dulu2 kurus2. hehe. "yaAllah, hambamu bersyukur dilahirkan dalam kedaan yang selesa. jauhilah diriku dari sifat kufur akan nikmatMu ya rabb."

makan tengahari di restoran muslim. masakan mereka sedap2 belaka, Alhamdulillah. ada masa lagi, en. razak bg kami shopping dulu! haha. tiem ni lah yg fiza dengan k.nash lambat setengah jam. sume dah bebel2. "i'm sorry" misscommunication la, fiza ngat kene kumpul kol 5.30, rupa2nya kul 5. haha. sesudah itu, kami pun bergerak ke airport Ho Chi Minh dengan perasaan berat hati. huaa sedih2..tapi tak sabar nak jumpe family. tp nk jugak sedih!


flight ticket kul 9.30 malam.
 pulang ke malaysia dengan membawa sejuta kenangan dan harapan.
semoga aku tergolong dalam kalangan orang yang bersyukur, aminn ya rabb, berusaha memperbaiki diri..=) MISI TAMAT 


hari ketiga di kemboja 12 julai


hari ni kami menuju ke pejabat mufti kemboja. terdapat juga sekolah di pejabat mufti tersebut. ada aktiviti yang kami kongsikan bersama-sama adik2 di sni..mule2 ucapan dr mufti dan beliau menceritakan serba sedikit sejarah kemboja ketika pemerintahan rejim pol pot.


mengadakan aktiviti seni khat. agak gabra jdi PIC aktiviti ni. mujur yang lain membantu. Alhamdulillah..=)





barisan juri..haha
seusai aktiviti dijalankan, kami dihidangkan dengan jamuan makan tengahari. SEDAP! ada beberapa orang urusetia dari kalangan kami yg tolong masak. hehe


kemudian, selepas kami menunaikan solat, kami dibawa melawat ke muzium iaitu tempat sejarah pemerintahan pol pot sewaktu dia menyeksa rakyat2 kemboja sehingga mati. masyaAllah. tak tau nak gambarkan perasaan pabila melihat.


berjalan dan terus berjalan ke tempat-termpat yang dianggap bersejarah. hehe



kami mneruskan perjalanan kami ke destinasi yg seterusnya...ke Psa tmey. shopping3!
penat bershopping, membeli cenderahati untuk org tersayang, kami pun pulang ke hotel. penat. esok menyambung perjalanan ke vietnam. hehe. 6 jam perjalanan tu. huhu. apa nak buat. k, insyaAllah bersambung...wassalam.